KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, January 17, 2016

Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu

OLEH MOHD FARHAN DARWIS 
Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

 "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

 Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). ~ sumber

Komen al-Husseyn : 
Sila klik VDO di sini
Eloklah PAS bergabung sahaja dengan Umno supaya boleh berdepan satu lawan satu dengan AMANAH, musuh barunya. 

Buat apa PAS nak bergabung dengan Umno hanya bila selepas PRU14 nanti? 

Pas akan sorong tarik sebagai parti penentu pemerintah. Kehendak di dalam pemikiran mereka, " Jika kami menyertai BN atau PH berapa jumlah kerusi Menteri atau Timbalan yang boleh di berikan?"

Bukankah langkah tersebut hanya akan mengecewakan para pengundi yang mengundi PAS tapi kemudiannya PAS akan bergabung dengan musuh untuk mendapat ghanimah?
Comments
3 Comments

3 comments :

Ancient Mariner said...

Dalam PAS ada
1) Pemimpin talibarut. Mereka ini mencatur PAS, membuat perancangan megikut agenda mereka. Bahkan rancangan mereka jauh lari dari matlamat PAS sebenar, mereka memertabatkan perkauman lebih dari Islam.

2) Ada sokong membawa rebah. Mereka ini akan sentiasa sokong dan setuju dengan apa-apa keputusan biarpun keputusan itu memakan diri dan memusnahkan parti. Keluar statement yang tidak selari dengan kehendak perjuangan PAS dan berbelit-belit.

3) Ada golongan ulamak. Mereka ini selalu bersangka baik tetapi selalu diberikan dengan gambaran dan info-info yang bias dan sehala. Lalu mereka bersuara dan menterjemahkan hadis dan surah utk membenarkan tindakan.

4) Pemimpin bisnes. Mereka ini berkepentingan duit dan kemewahan dunia, pangkat dan jawatan. Maka mereka beriya-iya mempertahankan dalil dalil utk sentiasa kekal dan tidak tergugat. Mereka melihat peluang dan memposisikan kedudukan.mereka.

5. Dalam PAS ada pengundi dan penyokong tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka ini, kini membuat analisa, memerhati gelagat pimpinan dan akan membuat pilihan dimusim pilihanraya. Pengundi biasanya tidak banyak bercakap. Penyokong pula adalah suara yang ramai,mereka bersuara dengan harapan mempengaruhi undi. Mereka boleh beralih selera sekelip kata apabila terguris..

Ini banyak berlaku juga dalam.parti parti lain UMNO, AMANAH, PKR dan bahkan NGO-NGO.. berhati-hati. Gelagat manusia pelbagai ketenah melainkan kita tahu menanganinya. WASALAM

Anonymous said...

Tak usah tuan presiden melatah. Tumpukan saja usaha meningkatkan keahlian. Usah lg cakar mencakar sesama pembangkang. Usah juga tunjuk sifat tamak & tidak puas hati spt di Selangor tempoh hari. Kami sedang menilai parti yg ikhlas atau kejar imbuhan sekarang ini. Jgn sampai lenyap sedikit demi sedikit PAN slps PRU14 nnt.

Anonymous said...

Adussss kalu betul kenyataan diatas " kalau menang 20 kerusi " boleh lah pilih nak kemana PH atau BN Nampak sangat materialistic. Betullah boleh pilih lepas tu kena jadi yes men lah. Mangsanya adalah rakyat,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...