GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, January 25, 2016

Kenali Menteri Pembohong dan Makan Gaji Buta

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan tegas perlu diambil demi memelihara alam sekitar kerana kos memulihkan alam sekitar yang rosak adalah lebih besar berbanding kos pemeliharaan dan pencegahan daripada tercemar.

“Sebab itu, saya tegaskan, mana-mana pihak sama ada syarikat kuari di sungai atau apa sahaja kilang di seluruh negara supaya tidak mencemari alam sekitar. Kita akan mengambil tindakan dan kita akan tegas,” katanya DI SINI

Tapi bila rakyat tuntut kerajaan bertindak keatas kegiatan lombong bauksit punca yang mengancam kesihatan dan pencemaran air menjadi merah di Sungai Balok dan laut Pantai Batu Hitam, Wan Junaidi berkata sukar untuk mendakwa mereka yang mencemarkan air sungai dengan bauksit. 

Katanya, ini disebabkan tedapat 'kelompongan' dalam undang-undang berkaitan.  Jom dengar sendiri pembohongan menteri ini  di sini

I. Akta Air 1920 ·
Seksyen 7A (1) – seseorang adalah dilarang daripada melepaskan atau menyebabkan dibuang perkara-perkara berikut ke dalam sungai: 

a) sebarang benda beracun, berbahaya, atau mencemarkan yang menjadikan sungai atau mana-mana bahagiannya merbahaya atau menyebabkan kesihatan manusia, keselamatan atau kebajikan manusia, atau kepada haiwan dan tumbuhan atau lain-lain kegunaan berfaedah kepada sungai.

II. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 a) seseorang tidak boleh melakukan suatu kemudaratan atau meletakkan apa-apa kotoran di dalam atau di tebing sebarang sungai, terusan, longkang awam atau lain-lain saluran air; (sumber)

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki sendiri dalam kenyataannya bahawa kelemahan penguatkuasaan dan kerakusan mengaut keuntungan menyebabkan berlaku elemen rasuah yang gagal diuruskan pihak berkuasa dan agensi terlibat.

 "Rasuah ini berlaku apabila pelombong berlesen atau tidak menawarkan habuan wang kepada pegawai penguat kuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen pengeluaran," ujarnya di sini.

Tapi paling best sekali ialah komen MB Pahang yang bagi alasan tak dapat tangkap pelombong haram bauksit sebab mereka lari. Seorang pun tak dapat tangkap!! Bodoh piang punya alasan!

Ramli Ahmad Rozali : Zairul Azrun Zainal Abidin..menteri sekarang menteri haprak..pengipas dan penbodek...rakyat dibodohkan menteri dikayakan...puiii 

Zairul Azrun Zainal Abidin:   mmg betui.. makan gaji buta je.. hal susah rakyat buat bodo je... tapi kaut duit rakyat... klu mcm tu kita pun bleh jd menteri.

Ramli Ahmad Rozali : Lepas bakal3 calun menteri atau adun biar yg educated ada degree atau master..kalau dah level srp...maka statementnya asyik kencing rakyat..itu yg berlaku d kedah..sbb srp..ada hati nk jadi mb..rakyat pulak kena tipu..yg susah skg agensi2 pbt bersihkan bauksit...abg bomba pun kena...pemimpin mcm ni buat rakyat meluat.

Zairul Azrun Zainal Abidin : romah dema x de cermin kot... x bleh nak nilai org yg bleh buat kerja dgn kaki bodek..rasuah... trmasuk le org hebat agama konon.. hampehhh 

Ramli Ahmad Rozali : Skg ni ramai kaki bodek..apa kata menteri ttg ekonomi..kalau mike curi milo setin kena penjara 6 tahun kalau cilok juta2..kalau yg ciloknya menteri...mesti kuat bodek..gerenti lepas.

Zairul Azrun Zainal Abidin : 2.6b mcm x de mnda je
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...