Tuesday, January 12, 2016

Lembaga Disiplin PKR siasat aduan Chegubard

PETALING JAYA: Lembaga Disiplin PKR hari ini mengesahkan telah memanggil ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ke sesi pendengaran semalam.

 Pengerusi Brigadier General (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab berkata, ia berikutan laporan Chegubard terhadap Lembaga Disiplin November lalu berhubung beberapa isu melibatkan kerajaan Selangor, antaranya Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

 “Ini hanya siasatan awal dan pencarian fakta (fact finding), belum ada kata putus,” katanya ketika dihubungi FMT.

 Katanya lagi, Lembaga Disiplin juga telah menerima beberapa bahan bukti daripada Chegubard dan akan menelitinya pada masa terdekat bagi menentukan langkah selanjutnya.

 Chegubard ketika dihubungi mengesahkan telah menyerahkan salinan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung DEIG yang didakwanya satu pembohongan, dan dua dokumen rahsia Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang didakwanya menunjukkan dua kawasan pembalakan di Selangor dianugerahkan tanpa tender terbuka.

 “Tindakan-tindakan (Azmin) memberi kesan buruk kepada imej parti. Saya sudah serahkan dokumen-dokumen itu kepada Lembaga Disiplin dan kini terpulang kepada mereka untuk menilainya,” katanya lagi. ~ sumber

Komen al-Husseyn:

Cuma berharap siasatan ini tidak akan jadi sebagaimana kes aduan Husam Musa terhadap skendal Balak Kelantan...

PAS telah memanggil Husam dan pada 30hb November 2015, beliau telah mengadap Dewan Harian PAS.

Husam dipanggil selepas Adun Salor, Kelantan itu membuat beberapa kenyataan yang menyerang PAS dan kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti Islam itu. 

 Antaranya beliau mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor. 

 Ekoran itu pengarah pilihan raya PAS datuk Mustafa Ali mengajak beliau berdebat secara bersemuka. Namun selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak, PAS menyekat majlis itu kerana tidak mahu ia dibincangkan di khalayak ramai.

Apa jadi sekarang.... senyap sepi ???
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Depa lari menyorok dlm jubah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...