JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, January 15, 2016

Mahathir tanya Peguam Negara, sampai bila mahu tunggu?

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sampai bila Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mahu tunggu untuk membuat keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri dan SRC International Sdn Bhd.

 Bekas perdana menteri itu berkata, Apandi sebelum ini berjanji akan bertindak tanpa takut dan pilih kasih tapi sampai sekarang belum ada tindakan diambil.

 "Peguam negara berkata beliau akan bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih.

"Tapi beliau perlukan masa kerana laporan yang terlalu luas dan perlu kajian mendalam.

 "Tapi berapa lama?" soal Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

 Dr Mahathir secara sinis bertanya adakah Apandi akan mengambil tindakan sama yang dibuat ke atas laporan Bank Negara Malaysia dengan membuang kes itu.

 "Atau adakah peguam negara mahu memastikan sama ada terdapat kes untuk hakim menghakimi atau dia yang akan menjadi hakim dan membuat kes kerana sebelum ini sudah berbuat demikian dengan laporan Bank Negara," katanya.

 Pada 31 Disember, SPRM memberitahu media dalam satu kenyataan mereka sudah menghantar kertas siasatan berhubung wang derma dan SRC International kepada peguam negara dan mengatakan hampir 100 individu diambil keterangan termasuk penderma RM2.6 bilion.

 SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion daripada SRC dan bukan syarikat yang dicipta Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Dr Mahathir sebelum ini mengecam Apandi dengan meramalkan peguam negara akan mengabaikan laporan siasatan SPRM dan tidak mengambil sebarang tindakan.

 Apandi membidas Dr Mahathir dengan mengatakan beliau akan membuat keputusan tanpa takut dan pilih kasih berhubung laporan SPRM tersebut. – 15 Januari, 2016.9 ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Muka apandi ni ada gaya muka penipu,muka pecah rmh pun ada...aku dah tak caya.sama mcm muka sekor tu yg cari mkn..apa ke nama mangkok tu tah.

Anonymous said...

Sampai kiamat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...