JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, January 06, 2016

Majlis Syura Ulama main wayang !

Bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Umno adalah keputusan yang diambil oleh MSU sendiri. 

Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, memutuskan untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan Umno dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita. 

 Agenda perpaduan PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan! Itulah pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa 

Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.

Ianya semakin hangat diperkatakan dengan kehadiran sedondon Hj Hadi dan PM Najib ke Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dimana PM Najib sekali lagi mengajak Hj Hadi bersatu.

"Maka saya ingin menyatakan bahawa saya mewakili kabilah saya dan tuan guru (Abdul Hadi) mewakili kabilah beliau supaya untuk berpegang kepada pengertian ayat ini dan bersatu," kata Najib.

Hadi Awang kelihatan positif dan menerima pelawaan Umno, selang beberapa hari beliau mengeluarkan kenyataan, PAS mahu menjadi pembangkang yang menasihat bukan untuk merampas kuasa daripada kerajaan sebaliknya untuk menjadi penyelamat.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 telah meluluskan tujuh resolusi yang antaranya menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno. 

Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno dalam menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

 Maka tidaklah ada apa-apa yang baru apabila Majlis Syura Ulama (MSU) membuat kenyataan berikut:

"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

"Majlis Syura Ulama juga menegaskan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," kata setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dalam satu kenyataan. 
Bahawa mesyuarat MSU pada 28b April 2008, telah memutuskan untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan Umno dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita. 

Sehingga kini MSU tidak pernah menafikan mengenai pendedahan Nasarudin maka itu menunjukan apa yang dinyatakan oleh Nasarudin itu adalah benar.

Memang tidak ada siapa yang mendakwa PAS akan bergabung dengan Barisan Nasional atau PAS bergabung dengan Umno dalam erti kata PAS dibubarkan dan masuk Umno!

Jangan lupa suatu ketika dahulu Hj Hadi pernah umumkan penarikan semula ideanya mengenai Unity Government dengan memberi alasan: "masih ramai tidak memahami matlamat penubuhan apa yang beliau panggil 'kerajaan perpaduan' itu". 

 "Dengan sebab itu, saya tarik balik cadangan saya dan saya yakin di suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya. Orang akan fikir balik; bila masa tenang balik, dia akan fikir balik , bila keadaan yang menasabah!" Kata Hj Hadi.

Maka amat benarlah apa yang pernah dinyatakan oleh Nasarudin Mat Isa di sini bahawa agenda perpaduan PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan! 
Comments
1 Comments

1 comment :

troubadour said...

I read TMI report. I think PAS is talking cock! BOLLOCKS with capital B. Period!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...