PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, January 08, 2016

Muzakarah PAS dengan Umno tidak pernah ada ketika era UFN dan TGNA

Kata-kata yang patut menjadi panduan kita semua...
termasuklah juga kepada Hj Hadi
Pagi ini buka facebook ada kawan hantar untuk di share kan status daripada YB Dr. Che Rosli Che Mat.

HARI INI DALAM SEJARAH PAS 

PAS BERSETUJU BERMUZAKARAH DENGAN UMNO DALAM ISU PERPADUAN NASIONAL (7 JANUARI 2001) 

PADA hari ini dalam tahun 2001, akhbar Berita Minggu mendedahkan bahawa Lajnah Politik PAS Pusat telah bersetuju supaya parti itu mengadakan muzakarah dengan Umno dalam isu perpaduan nasional. Strategi yang dibuat oleh PAS ini adalah bagi membolehkan mereka membuat desakan yang lebih berkesan dalam menghadapi kezaliman Barisan Nasional (BN) terutama setelah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

 Isu Datuk Seri Anwar yang tercetus pada September 1998 telah memberi kesan buruk kepada BN apabila PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 1999 melalui gabungan politik Barisan Alternatif (BA). Ekoran itu, BN telah mengenakan tekanan politik ke atas PAS secara besar-besaran seperti halangan ceramah umum, pengurangan permit penerbitan Harakah, tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR), mengaitkan PAS dengan Kumpulan al-Ma'unah, rampasan royalti minyak, mengharamkan penggunaan perkataan Islam pada parti politik, mendakwa Ketua Pengarang Harakah di mahkamah dan lain-lain sehingga kegiatan politik pembangkang terjejas.

 Marah terhadap kezaliman BN ini, dalam Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada 29 November 2000, rakyat telah menolak BN. Menyedari keadaan ini, Dr Mahathir telah mengubah strategi dengan menawarkan perundingan kepada PAS dan Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 24 Disember 2000, dan para pemimpin PAS menunjukkan sikap yang positif terhadap tawaran Umno jika parti itu 'benar-benar ikhlas'. Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno turut bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir, tetapi PKN pada 8 Januari 2001 telah menolak pelawaan Umno.

 PAS sebaliknya, pada 7 Januari 2001 telah dilaporkan oleh media massa bahawa ia telah bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno dalam isu perpaduan nasional. Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor mempertegaskan ia bukan untuk bersatu dengan Umno, tetapi untuk berdakwah kepada Umno. PAS pada 14 Februari 2001 kemudiannya menetapkan untuk memasukkan isu-isu kepincangan sistem kehakiman, pencabulan demokrasi, kemelesetan ekonomi dan peningkatan peranan Islam sebagai agenda muzakarah ini. Jawatankuasa Bersama Muzakarah PAS-Ummo bagaimanapun gagal menyelaraskan isu-isu yang dikemukakan oleh PAS kerana Umno tidak serius. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 18 Februari 2001 telah menangguhkan muzakarah ini kerana kegagalan jawatankuasa bersama tersebut.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
7 Januari 2016
pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas

Komen al-Husseyn :

Dengan menggunakan tajuk : PAS BERSETUJU BERMUZAKARAH DENGAN UMNO DALAM ISU PERPADUAN NASIONAL (7 JANUARI 2001), jelas bertujuan untuk mengadjustifikasikan kerjabuat PAS sekarang ini yang terhegeh-hegeh mahu bekerjasama dengan Umno.

PAS dibawah pimpinan Hj Hadi nampak begitu terdesak untuk menyakinkan penyokong akar umbinya sendiri yang masih kuat menentang kerjasama PAS-Umno dengan terkapai-kapai mencari alasan apa saja untuk memperdayakan mereka.

Namun, jika sekadar membaca tajuk sahaja, tentunya akan ramai yang akan terpedaya dan akan mengatakan, apa yang Hj Hadi buat untuk membawa PAS bersama dengan UMNO adalah kesinambungan usaha yang pernah dibuat oleh almarhum Ust Fadzil Nor (UFN)

Perlu ditegaskan di sini bahawa Muzakarah PAS dengan Umno tidak pernah berlaku kerana ketegasan UFN dengan isu-isu yang dikemukakannya.

Umno tidak sanggup untuk meneruskan muzakarah tersebut kerana tidak mampu untuk membuktikan keikhlasannya apabila UFN mengemukakan isu-isu kepincangan sistem kehakiman, pencabulan demokrasi, kemelesetan ekonomi dan peningkatan peranan Islam sebagai agenda muzakarah. 

Umno gagal dalam usahanya tersebut di waktu era kepimpinan UFN dan sewaktu adanya hayat almarhum TGNA.

Tetapi setelah ketiadaan mereka, Umno berjaya memerangkap PAS dengan gula-gula kerjasama 'Hudud' yang dijanjikan jalan mudah bagi laluan pembentangan di parlimen. PAS telah membeli 'kerjasama isu Hudud' dengan mempertaruhkan tahaluf siyasi Pakatan Rakyat semata-mata kerana percaya kepada keikhlasan palsu Umno.

Kebetulan pula pagi ini Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi menaikan serangkap pantun untuk kita semua renungi bersama :
Memikul padi biarlah kuat,
Jangan diletak di depan pintu.
Mengapa 'hudud' belum dibuat,
Bukankah Umno sedia membantu.
Maka saya tolong jawabkan begini :
Ada udang di balik batu
Ada nyamuk dalam kelambu
Umno bohong cakap nak bantu
Hanya yang tolol sanggup ditipu
Sehingga kini Majlis Syura Ulamak PAS hanya menyatakan secara kabur mengenai persetujuannya untuk meneruskan agenda kerjasama dengan Umno dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.


PAS dilihat tidak menunjukan ketegasannya untuk mengelak dan mencegah Umno dari melakukan kezaliman, penindasan dan amalan rasuah. 

Mana suara PAS dalam isu skandal 'derma' RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadi Najib?

Mana suara PAS dalam isu skandal syarikat sarat hutang 1MDB? 

Mana suara PAS mengenai Tol ? Dan mengenai kenaikan harga barang, GST ?

Tetapi suara PAS lebih vokal dan galak ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu bukan rahsia lagi.

 PAS tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas.

Hj Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan Kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Najib memuji tindakan PAS lalu berkata , tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan Islam. Teringat kata-kata almarhum UFN - Musuh bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena......
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

udah2 la tu..ke mang nk pas ngan bekawan bior senang nk menghentam..pas pn dah muktamad tak nk ngan umno

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...