JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, January 04, 2016

Nik Omar Nik Aziz Belum Lagi Menjadi Ahli Parti Amanah Negara (Amanah).

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan hari ini secara rasmi memaklumkan Nik Omar Nik Abdul Aziz masih belum menjadi ahli parti itu dan pengumuman dibuat sebelum ini merupakan salah faham.

 Ketika majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya 1 Januari lepas, anak kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu diperkenalkan sebagai salah seorang pemimpin parti serpihan itu.

 "Kami adakan sidang media di Kota Baru hari bagi mengesahkan bahawa Nik Omar bukan ahli Amanah dan pengumuman yang dibuat sebelum ini adalah salah faham," kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Amanah Kelantan kepada The Malaysian Insider.

 Ketika ditanya apakah Nik Omar menyokong Amanah, Wan Rahim meminta pemberita bertanya sendiri kepada Nik Omar untuk mengetahui kedudukannya.9 Pada majlis makan malam itu, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Che Nordin Hussin berkata, Nik Omar adalah Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

 Ekoran itu, media melaporkan penyertaan Nik Omar ke dalam Amanah dan menjadi berita utama.

 Namun Nik Omar ketika ditemui media menafikan menyertai parti itu.

 "Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

 Enggan mengulas lanjut, anak kedua Nik Aziz itu bagaimanapun dilaporkan tidak menolak kewujudan pelbagai parti, termasuk Amanah, dalam sistem politik tanah air.

 Menurut Sinar Harian, beliau lebih memilih ke arah satu gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain9. Sementara itu sumber memberitahu The Malaysian Insider, Nik Omar yang juga seorang aktivis Ikram Malaysia sememangnya sudah menyertai Amanah tetapi secara rahsia.

 "Beliau tidak mahu perkara itu didedahkan kerana mahu menjaga hati bondanya Datin Tuan Sabariah Ishak.

 "Tuan Sabariah tidak mahu timbul perpecahan dalam keluarga bekas MB Kelantan itu kerana adiknya Nik Abduh adalah ahli Parlimen Pasir Mas dan juga ketua Pemuda PAS," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

 Atas dasar itu, apabila penyertaannya ke dalam Amanah diumumkan Nik Omar menafikannya, kata sumber.

 Ikram ialah NGO Islam utama yang menyokong penubuhan Amanah. Timbalan Presiden Ikram, Hasanudin Yunus kini merupakan naib presiden Amanah. – 4 Januari, 2016. ~ sumber

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Elehhhh..bg aku kalau dia tak joint pun tak da makna lah. Harap Parti Amanah tumpukan pada ahli2 yg komited yg sanggup bersama parti. Banyak lah org yg lagi berkelayakkan. Tak semesti nya dr anak2 org kenamaan. Kalau setakad nama bks anak orang kenamaan..tak payah la....mereka ni nak nama ja. Yg berjuang orng bawah la. Pantang ada nama..bks anak org kenamman..cepat ja nak lantik jawatan itulah..ini lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...