GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 01, 2016

Orang kahwin pun merogol, kata Wan Ji

PETALING JAYA: Penceramah Wan Ji Wan Hussin menyangkal cadangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali bahawa perkahwinan adalah ‘ubat paling mujarab’ bagi menangani isu rogol statutori.

 “Jika kahwin boleh selesai masalah rogol, kenapa banyak kes rogol melibatkan orang yang sudah berkahwin? Jadi dakwaan itu tidak tepat.

 “Anjuran untuk berkahwin adalah bagus, tetapi tidak semestinya untuk kanak-kanak bawah umur yang masih dalam proses menuntut ilmu dan membesar,” katanya melalui laman Facebooknya.

Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkahwinan adalah ubat paling mujarab untuk menangani isu rogol statutori.

 Beliau malah mengatakan ibubapa patut memberikan sokongan penuh kepada anak-anak yang ingin berkahwin, manakala kerajaan perlu memberikan bantuan insentif kepada mereka.

 Mengulas lanjut, Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mengajukan cara yang lebih praktikal bagi menangani masalah tersebut.

 “Ramai yang tak takut kerana mereka tidak tahu betapa kerasnya hukuman yang bakal mereka dapat.

 “Mungkin kerajaan perlu menggunakan media untuk dedahkan kepada rakyat betapa beratnya hukuman bagi kesalahan ini agar lahir rasa takut untuk merogol,” katanya lagi.  ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

'ulama' pas ni masih kolot pemikiran(backward)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...