GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, January 18, 2016

PAS awal-awal sudah merancang mahu mengkhianati pengundinya sendiri

Berikut merupakan transkrip kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendedahkan perancangan kerja khianat Pas terhadap para pengundi selepas PRU nanti menerusi kerusi yang bakal dimenanginya nanti.

Rancangannya adalah untuk bergabung dengan mana-mana parti, samada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional semata-mata untuk dapat kongsi memerintah :



Sebenarnya memang teorinya bergabung itu lebih baik untuk menumbangkan kerajaan. Di Malaysia tiada satu parti boleh bersendirian; tak mungkin! Umno sahaja tak boleh memerintah Negara. Pas sahaja tak boleh memerintah. DAP sahaja tak boleh memerintah. Itu realiti politik yang semua kita faham.

 Cuma ada satu benda lain. Iaitu kalau persaingan ini antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, dengan mood yang ada, ada kemungkinan dia berlaku hampir-hampir seimbang di segi kerusi.

 Mungkin kita andaikan… kita andai dia seimbang di mana kedua parti boleh memerintah tapi ‘simple majoriti’. Dia tidak dapat total majoriti.

 Katalah, Pas bertanding bersendirian, kita dapat 30 kerusi parlimen, katalah … ataupun 20, ataupun 10!… Katalah Pas dapat, kita ambil yang reasonable , 20 kerusi… Kalau Pas pegang 20 kerusi pada waktu itu, siapa yang pas sokong, dia akan menang!

 Kalau Pas sokong Pakataan Harapan, Pakatan Harapan yang akan memerintah. Kalau Pas sokong BN, BN akan memerintah.

 Jadi kursi Pas ni walaupun dia 20 puluh, dia sangat mahal tuan-tuan. Masa tu mahallah nih! Masa tu mahal tuan-tuan! Sebab itu saya minta kalau masuk PAS, masuk sekarang, waktu mahal payah benar, tuan-tuan, kita mengubah lagi!

Jadi bila kita 20 kerusi, kalau kita sokong BN, kalau kita sokong Pakatan Harapan, Pakatan Harapan memerintah. 
 Jadi pada waktu itu, kita punya demand yang tinggi. Kita boleh buat keputusan – Kami boleh sokong dengan syarat, terima Islam sebagai agama. Hukum Allah sebagai peraturan. Halalkan apa yang Allah halal, haramkan apa yang Allah haramkan. Siapa yang setuju terima syarat PAS, kita akan sokong.
 Pada waktu itu kita sangat mahal. Mungkin kata Umno/BN , OK kami terima, Kami bersedia! OK, kita sokong!
Jika Ustaz : Kalau Umno tak buat? Kita tarik sokongan – tumbang kerajaan! Sebab kita menentukan kerajaan. Kalau kita tarik sokongan, maka akan tumbang kerajaan. Pada waktu itu … ini dipanggil teori – ‘minority control majority’.
 Sekarang sistem politik Malaysia, majoriti Melayu, minoriti Cina, tapi Cina kontrol politik Malaysia! Minoriti yang kontrol majoriti. Tapi itu dalam konteks mood mengundi … yang kita bincang ni kerusi… kerusi ni lebih kuat dari mood pengundi, sebab mood pengundi akan berubah. Tapi kerusi , katalah kita dapat 20, ni konfom kita punya 20! Sebab itu Pas mesti ada bai’ah. Kena ada bai’ah calon ni. 

 Ada orang tanya Ustaz : kalau lepas ni ada lagi bai’ah? Memang, baiah ni wajib, cuma yang kita putus dalam syura, yang talaq isteri itu tak adalah…

 Yang talaq isteri tak adalah…talaq isteri tu almarhum Tok Guru Nik Aziz melihat ada kepentingan di Kelantan pada waktu itu. 

 Kita kena ada bai’ah sebab kalau kita 20 kerusi, Umno tak cukup dua lagi nak menang, dia beli tuan-tuan! Beli! Bukan timbang kilo…. Dia beli macam harga emas tu, dia pakai gram! Jadi kalau tak ikat dengan Allah, tak ikat dengan sumpah, mungkin dia akan lompat. Ikat pun keluar lagi!

Komen al-Husseyn:

TITM kata : "Sekarang sistem politik Malaysia, majoriti Melayu, minoriti Cina, tapi Cina kontrol politik Malaysia!" Alahai.....malaslah nak komen stetmen bodoh macam ni. Tapi, orang PAS boleh telan kenyataan itu bulat-bulat walaupun parti yang perintah Malaysia selama ini adalah Parti orang Melayu, PM semua Melayu, Menteri-menteri Kanan semua Melayu, Menteri Besar (kecuali Pualu Pinang) semua Melayu, Sultan semua Melayu, Hakim Negara Melayu, Peguam Negara Melayu, Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara semua Melayu, KSN Melayu, KSU dan Pengarah Jabatan Kerajaan 99% Melayu, SUK negeri semua Melayu, DO semua Melayu, Ketua-ketua Kerajaan Tempatan semua Melayu.... Semua peringkat membuat keputusan ialah Melayu....Tapi Melayu masih tetap dikuasai Cina yang minoriti???

Nak tanya soalan mudah kepada TITM : PAS bertahalluf dengan PKR di Selangor sekarang ini, apakah PAS Selangor telah menetapkan syarat sebagaimana yang TITM sebutkan itu -  Kami boleh sokong dengan syarat, terima Islam sebagai agama. Hukum Allah sebagai peraturan. Halalkan apa yang Allah halal, haramkan apa yang Allah haramkan ??

Kita masih ingat bagaimana Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi orang telah peletakan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang sebagai menghormati usul Dewan Ulama mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP. Mereka tanpa didesak mana-mana pihak terlebih dahulu bertindak meletakkan semua jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Pulau Pinang.

Sebaliknya, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengarahkan semua pemimpin PAS Pulau Pinang yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu tidak meletak jawatan seperti disarankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sangat tidak masuk akal untuk Pas bekerjasama sedangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Tetapi orang Pas lebih berpegang kepada jawatan daripada prinsip hingga begitu liat untuk melepaskan jawatan di Pulau Pinang. Fulus! Fulus!

Dimanakah prinsip Pas bila dengan sewenang-wenangnya mahu bersama pula dengan musuh yang dilawannya sewaktu PRU? Bukankah ini satu pengkhianatan kepada para pengundinya? PAS awal-awal lagi sudah merancang untuk mengkhianati para pengundinya sendiri.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

X sangka begitu huduh pemikiran pemimpin pas sanggup nk betray pengundi. Pandang niat siap2 dah tu, kita doa mudah2an Allah tak bagi memang 1 kerusi pun. Perangai oportunis yg sanggup menggadai prinsip. Pas kena masukkan yg ni dlm manifesto biar rakyat tau sebelum pilih pas.

Mcm angan2 mat jenin perasan jadi rebutan, tah nnti sebelum pas jadi mahal, amno siap belit pas dulu. Masa tu baru padan muka.

Anonymous said...

Ini jelas menunjukkan PAS merupakan parti yang sanggup menjual agama untuk mendapat kuasa. Sepatutnya PAS menarik sokongan rakyat untuk menyokong perjuangan Islam, tetapi hasrat penyokong diperjudikan untuk mendapat kuasa pula. Porrah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...