GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, January 27, 2016

Peguam Negara Kepanasan Kena Asak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.

 Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana berasal dari SRC International ke akaun-akaun bank.

 Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.

 Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.

 Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.

 Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.

 Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.

 Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.

Komen al-Husseyn :

  Nampaknya bontot Afandi Ali kepanasan tak boleh nak duduk! Penguman yang dibuatnya untuk membersihkan Najib dari daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan. Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Ramai yang menganggap alasan yang diberikan Apandi itu tidak masuk akal dan perlu penjelasan lanjut.

 Mahfuz Omar menyifatkan pengumuman Peguam Nrgara itu ibarat bermulanya "Maharaja Lawak Mega musim baru". 

 "Rakyat Malaysia menuntut kejujuran dan sikap terus terang dari peguam negara dan SPRM berhubung hal ini," katanya.

 Elok sangatlah kalau Apandi Ali berpasangan dengan Ahmad Maslan masuk Maharaja Lawak. Tentu boleh jadi juara!

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir turut terkejut dan bertanya, “Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

 “Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.


 Sementra itu Rafizi dalam kenyataan diblognya berkata , " Alasan bahawa Najib tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh diterima pakai kerana beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan.

 "Adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan. 

"Jika ini keadaannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau." Jelas Rafizi.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...