GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 22, 2016

Qu Puteh mengandungi bahan merbahaya??

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan syarikat kosmetik terkenal Vida Beauty menarik balik produk Qu Puteh keluarannya yang didapati mengandungi bahan merbahaya.

 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, barangan itu diuji dan dikesan mengandungi merkuri tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

 "Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang 3 bulan.

 "Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut," kata Noor Hisham.

 Beliau berkata, BPFK membuat pensampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

 "Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9, dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi," katanya.

 Justeru, Noor Hisham berkata, notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dibatalkan. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...