GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, January 29, 2016

Ramkarpal: Masa untuk Najib saman WSJ

Ho Kit Yen 
Najib akan dilihat tidak yakin dengan penemuan 
Peguam Negara sekiranya tidak saman WSJ
KUALA LUMPUR: Masanya sudah tiba untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengerakkan tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) memandangkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah melepaskan beliau daripada sebarang salahlaku.

 “Perdana Menteri perlu mengerakkan tindakan undang-undang terhadap WSJ demi kepentingan awam kerana hal itu telah tersebar di peringkat antarabangsa dan telah memberi kesan buruk kepada negara,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan yang diterima FMT. 

 Beliau menjelaskan, Perdana Menteri berpeluang mempamerkan bukti yang menunjukkan beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh Peguam Negara sekiranya menyaman WSJ.

 “Saya tidak nampak sebarang sebab untuk Perdana Menteri tidak mengambil peluang ini, kecuali jika beliau sendiri tidak yakin dengan penemuan Peguam Negara,” kata Ramkarpal.

 WSJ melaporkan penyaluran RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib melalui entiti yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, pada Julai tahun lalu.

 Perdana Menteri mengancam untuk menyaman WSJ, namun tidak meneruskan tindakan itu atas alasan beliau tidak dikenali ramai di Amerika Syarikat maka ganti rugi yang mungkin diterima adalah kecil.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...