GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, January 17, 2016

Sanggupkah Umno terima ahli bukan Melayu, soal DAP

Adakah Umno akan menjadi parti inklusif yang membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia atau akan kekal selama-lamanya sebagai parti eksklusif untuk orang Melayu, soal DAP hari ini.

 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau amat mengalu-alukan jika sekiranya Umno membuka pintunya kepada semua rakyat Malaysia.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang langkah meletakkan lebih ramai calon Melayu dalam pilihan raya tidak menjadikan DAP sebuah parti berbilang kaum.

 Lim berkata, orang seperti Salleh mesti belajar menjadi rakyat Malaysia dan tidak menjadi buntu kerana "dinamo perkauman eksklusif" yang menghalang mereka dari merentasi batas perkauman dan membangunkan identiti Malaysia yang inklusif.

 "Adakah Umno bersedia mencontohi DAP dan mendekati semua bukan Melayu dan bukan Islam dengan mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Umno? 

"Adakah Salleh menteri untuk orang Melayu sahaja atau menteri untuk semua rakyat Malaysia? 

 "Adakah para menteri dan pemimpin Umno bersedia, 66 tahun selepas pengasasnya bekas presiden Datuk Onn Jaffar mencadangkannya, mempertimbangkan membuka pintu Umno kepada orang bukan Melayu bagi menjadikannya parti politik Malaysia yang inklusif?" soal ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau juga menyifatkan menteri komunikasi dan multimedia itu sebagai "czar" (gelaran bagi raja Rusia dahulukala) maklumat dan komunikasi multimedia Datuk Seri Najib Razak, sambil menambah, pemimpin DAP sekian lama menjadi mangsa ‘cybertrooper’ Umno-Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan pembohongan mengenai parti.

 Oleh itu, Lim mempersoalkan jika pasukan Salleh akan menyiasat “cybertrooper” Umno/BN yang bertanggungjawab menyebarkan kebencian dan mewujudkan ketegangan di negara ini.

 Lim juga menggesa perdana menteri dan Kabinet beliau memberi perhatian serius kepada laporan baru-baru ini bertajuk: "Sokongan Indonesia dan Malaysia untuk Negara Islam", yang mengatakan agenda Islam yang benar-benar sederhana adalah cara yang tepat menggagalkan kumpulan militan Isis. – 17 Januari, 2016. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

bat8 said...

Tuan Haji

Ahli bukan melayu dan bukan Islam sudah menjadi ahli UMNO sejak UMNO memasuki Sabah lagi. Di Sabah, UMNO sendiri mengakui bahawa terdapat 40 ribu ahli UMNO dari kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam twtapi berugama kristian. Pembangkang mengatakan jumlah seramai 400k. Saya menjangka ia adalah diantara 40k - 100k.

Kemudian, terdapat juga kaum siam buddha di kedah terutama di kawasan Kubang Pasu menjadi ahli UMNO. Malam Persatuan Siam Malaysia, payung induk pelbagai persatuan Siam juga adalah ahli bersekutu UMNO.

Sebenarnya, mengikut perl2mbagaan UMNO, PASAL 4 JENIS AHLI, jelas menyatakan semua bumiputra tak kira melayu atau Islam boleh menjadi ahli UMNO.

Kit Siang sebenarnya memancing jawapan daripada UMNO kepada sesuatu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan UMNO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...