GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 10, 2016

Tiada kerjasama politik, tetapi UG tu ada kan?

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan UMNO, termasuk pada Pilihan Raya Umum akan datang.

 "Ketetapan itu diambil seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang memutuskan tiada kerjasama politik dengan UMNO. Baca lagi di sini

 Dah lama PAS cuba menafikan konon tiada kerjasama politik, hanya government to government dan dalam bab kepentingan Islam...Kalau tidak ada kerjasama politik macamana nak bentuk kerajaan campuran @ Unity Government? Hentikanlah buat kenyataan yang bercelaru dan merapu.

UG itu betul adanya...at-Takiri sendiri akui kewujudannya: 

PAS tak tolak kerajaan campuran selepas PRU

PAS tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti, termasuk UMNO seperti mana kerajaan campuran PAS-PKR-DAP sebelum ini, selepas pilihan raya umum akan datang. Baca selanjutnya ~ di sini

Maka benarlah apa yang Ust Ahmad Awang dedahkan mengenai hasrat pimpinan tertinggi PAS yang menyuruhnya supaya berpakat dengan Umno, buat kerajaan Melayu Islam di Perak...
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Ada ke tak de ke pi jahanam la paspispus, ada siapa kesah

Anonymous said...

Kenyataan2 yg benar2 meloya, membosan dn membengongkn.

Husmad Ahmad said...

Dulu lain sekarang lain

Anonymous said...

Apa nak berselindung lagi, ahli PAS pun dah sama macam lembu UMNO

Anonymous said...

percaya lah selepas pru14 insyaAllah pas akan bantu BN bentuk kerajaan jk berlaku 'hung parliament'. oleh itu PH mesti menang kerusi yg cukup utk elakkan situasi ini berlaku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...