GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, January 02, 2016

Tiada Maaf Bagi Mu, Wahai Zuhdi!

Maka benarlah apa yang pernah Mustafa Ali kata tentang Zuhdi ni sebagai mulut cirit birit!. 

"Tulis pun cirit birit!" Kata Mustafa Ali di sini

Kali ini, akibat ketelanjuran dakwaan tidak berasas dan melulu itu, ambiklah kaw!

 DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, kata Ketua Parlimennya Lim Kit Siang. Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

 "Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau 2 hari," kata Lim malam tadi ketika berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara (Amanah) di Petaling Jaya.

 Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".

 Ahli politik itu, yang menurutnya daripada sebuah parti politik lain, membuat "tuduhan melulu" mengenai hubungan DAP dengan Israel.

 "Pemimpin politik kanan daripada parti lain yang berbohong tentang DAP, seperti seorang yang membuat dakwaan tidak munasabah mengatakan DAP ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah," kata Lim.~ Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...