JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, January 23, 2016

Umno sokong TPPA kerana dikuasai oleh kaum Cina

Kalau ikut lojik Hj Hadi, Umno yang sokong TPPA tentunya kerana telah dikuasai oleh orang Cina.

Nampak sangat terserlah kebenciannya terhadap Cina DAP sampai melalut yang bukan-bukan! Takkanlah sorang ulama tak pernah terbaca Al-Maidah Ayat:8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Kenyataan media Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada hari Sabtu 23 Januari 2016:

 Saya merujuk laporan The Malay Mail Online bertajuk: 

“Hadi: DAP backs TPP because Chinese control trade in Malaysia”  yang melaporkan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP menyokong TPPA kerana menurutnya hal ehwal perdagangan di dalam negara dikawal oleh orang Cina.

 Dakwaan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja tidak berasas, malah mengarut dan dangkal, serta tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan beliau sebagai pemimpin sebuah parti yang telah bertahun lama menjalin kerjasama erat dengan DAP malah kerap kali membela DAP ketika diserang Umno.

 Kita kesal bagaimana dengan sekelip mata Hadi Awang boleh terus berubah lenggok bahasanya sehingga sanggup meniru skrip Umno dengan berfikir di dalam konteks politik perkauman, berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar daripada politik perkauman sempit dan mengadu domba. 

Saya pasti Ahli Parlimen Marang itu jauh lebih mengerti bahawa yang sebenarnya ghairah dan berahi mahu menandatangani TPPA itu ialah Umno sendiri, parti yang menurut Haji Hadi sedang dinasihatinya.

Beberapa persoalan timbul di sini. Adakah Umno yang berpendirian menyokong TPPA itu turut berbuat demikian kerana ia sebuah parti yang didokong pedagang dan peniaga Cina, seperti dakwaannya terhadap DAP?

Soalan seterusnya, bagaimana mungkin PAS masih tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA ini, setelah begitu rapat dan mesra dengan parti tersebut sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan-rakan lama?

 Saya ingin menegaskan bahawa DAP, dengan kekuatan 37 Ahli Parlimen akan mengundi di Dewan Rakyat, menolak TPPA, berbanding dengan PAS, yang kini hanya mempunyai 14 undi di Parlimen.

 Saya turut berharap supaya, jika tiada aral melintang Datuk Seri Haji Hadi Awang akan dapat ikut hadir pada sessi pengundian TPPA di Dewan Rakyat untuk kita bersama-sama menolak TPPA. 

Terima kasih, 
LIM LIP ENG
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Nasihat saya kepada presiden bulan mengambang, jangan pula ketika pengundian tppa anda bercuti ke jerman, kelak terfitnah pay per view.

Ramboo III said...

Kepada yg masih sygkan dap dan begitu membela mereka..sudah kan anda dgr pendededahan org kanan joseph lim (lim guan eng) razali?
Jika belum..sila agenda dap utk tawan putrajaya..ia selari dgn ape yg dikatakan oleh TGHH

Anonymous said...

Sessi pengundian TPPA di Dewan Rakyat nanti jangan tak datang pulak..

Anonymous said...

sedih jugak melayu bangang mengunakan jugak erti adil .Guna dalil quran utk menguat hujah adil.Adil apa tok kusyen ? tok kusyen ohhh.cina pegang ekonomi x btul ke ? cina control lg ekonomi.

Husmad Ahmad said...

APA nak heran bila sudah tidak bersama dgn dap maka timbullah cerita rekaan memburukkan dap.

Husmad Ahmad said...

APA nak heran bila sudah tidak bersama dgn dap maka timbullah cerita rekaan memburukkan dap.

Anonymous said...

soalan aku satu je. siapa yang gatal pi sain tppa ni? melayu jugak kn? lps tu sibuk ckp cina sokong tppa.. dasar otak belacan.

sikulipat said...

Smua nk twn putrajaya...pas jah x nk..hikhik

Anonymous said...

Hahaha hahaha lawak laa lebai ramboo macai hadi ni. Hahaha hahaha.. bravo ramboo, teruskan usaha anda, mudah2an masuk sorga bersama hadi n the gang

Anonymous said...

Sungguhpun aku bukan ahli dap mahupun cina, kenyataan hadi ni menjadikan aku cukup benci dgn perangai seorang naib presiden kesatuan ulama sedunia ni...ada yg sokong tppa..ada yg menentang..ada yg cina ada melayu ada india...masing2 ada kefahaman..jgn jadikan org yg xturun himpunan djadikan sbg kayuukur..kamu dulu xturun bersih, kamu sokong pilihanraya yg tidak adil? dr agus sokong tppa...dap kah dia? cina kah dia??? asyik2 dap cina yg salah...kalau begini sikap pemimpin, makin jahanam lah ahli terutama yg wala dgn pemimpin.kononnya sikap pemimpin yg diikuti itu contoh terbaik...

Anonymous said...

Kenapa nak salahkan Cina sebab mereka rajin berusaha dan cerdik berniaga? Siapa bagi mereka peluang untuk mendapatkan kekayaan balak kalau bukan orang Melayu sendiri yang alibabakan kepada mereka? Orang Melayu dapat makan komisyen atau rasuah dah rasa nikmat sangat. Bila tengok Cina kaya raya, dengki pula!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...