GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, January 25, 2016

Ust Ghani Shamsuddin jawab fitnah

Ust Ghani akan terus berperanan sebagai Ahli Pemegang Amanah KUMS yang tempohnya tamat pada tahun 2018; seperti yang dinyatakan oleh surat Setiausaha Agong KUMS kepadanya. Tidak timbul soal tersingkir atau disingkir seperti yang difitnah.

 Beliau berharap semoga tulisan Wan Norhaziki yang menimbulkan banyak persepsi negatif, tidak berulang lagi pada masa masa yang akan datang.

 Beliau menyeru beliau agar sama-sama bersikap waspada dengan firman Allah dalam surah Al Humazah :


 وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ 
Neraka Wail untuk setiap penghina dan yang suka merendah-rendahkan orang lain.

Demikian nasihat Ust Ghani kepada Wan Norhaziki Wan Halim yang telah mendakwa kononnya Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi telah meminta kepadanya supaya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Ust Abd Ghani Shamsuddin telah disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia Cawangan Asia Tenggara.

 Dalam tulisannya itu, dia mendakwa sewaktu program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya, salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya. Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu. Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat 'khianat' dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama' Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Dalam tulisannya itu, Wan Norhaziki juga menggambarkan seolah-olah parti Amanah ini cenderung kepada fahaman Syiah. Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu') kerana mereka amat 'berbahaya'. Baca selanjutnya di sini

Mengulas dakwaan tersebut, Ust Ghani Shamsuddin menasihatkan Wan Norhaziki sewajarnya mendapatkan maklumat yg lebih jelas melalui pertanyaan langsung dengannya atau pimpinan parti Amanah yang lain sebelum menyiarkan penulisan seperti itu dan mengelakan diri dari terjebak dengan trend politik negatif yang mengeruhkan hubungan antara sesama ulama dan rakyat dengan tulisan yang menimbulkan prasangka dan fitnah seperti yang telah diterangkan.

 Kecenderungan politik dan watak seseorang banyak mencorakkan bentuk dan cara penulisan. Penulis yang menulis dengan kesedaran yang tinggi tentang keperluan suasana islah dan damai berbeza dengan mereka yang kurang peka dan hanya mahu mencemar atau merendahkan mertabat seseorang.

 Menurut Ust Ghani, pimpinan utama KUMS diperingkat awal agak gusar tentang politik di Malaysia tetapi setelah mendapat maklumat lanjut - adalah berkecuali; berlandaskan kaedah warga tempatan lebih tahu tentang selok belok (politik) negara mereka. 

Juga setelah mendapat penjelasan tentang asas-asas Syar'i penubuhan parti Amanah.Malah ada pengakuan pehak KUMS untuk mengusahakan pertemuan antara dua kumpulan jamaah atau parti yg bertikai ; iaitu antara Parti Islam (PAS) dan Parti Amanah Negara (Amanah) di Malaysia.

 Menurutnya lagi, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:
 Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.
 Ternyata dakwaan sebelum kunjungan kami melawat Doha telah diisytiharkan oleh pemimpin PAS kepada orang ramai di Malaysia bahawa Syaikh Qaradhawi mengeluarkan fatwa bertulis mengharamkan parti Amanah adalah palsu.

 Seterusnya Ust Ghani menuntut bukti mengenai dakwaan bahawa wakil Amanah mewarwarkan gambar Syaikh Ali bersama wakil Amanah yang bahawa Syaikh Ali adalah menyokong parti amanah jika ada. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

mohd shahran said...

jangan risau tok guru kaki fitnah anak buah mestilah kaki fitnah juga baru ilmu diamalkan

An Anonymous said...

Itu baru kena telahan oleh PAS bhw PAN ni haram dah gelabah..Belum lagi kena bawak lari kerusi parlimen dan dun oleh PAS... Baru kau rasa kan..

tanya sama itu hud hud said...

Kesimpulannya,hadi marang berbohong bahawa dia mempunyai surat dari alqardhawi yg mengharamkan parti amanah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...