Friday, February 19, 2016

1MDB cuba berdolak daleh....


  1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi, ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  ~ sumber

Betullah sebagaimana yang dikatakan oleh 1MDB diatas itu. WSJ pun tidak pernah tuduh begitu.

 Apa yang dikatakan oleh Editor kewangan WSJ,  Ken Brown ialah, wang itu masuk melalui beberapa syarikat yang berkaitan dengan (1MDB).

  Begitu juga halnya dengan RM42m dari SRC dipindahkan kepada Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak syarikat SRC, Gandingan Mentari, Ihsan Perdana. Najib sendiri telah mengakui kemasukan wang tersebut tetapi mendakwa dia sendiri tidak tahu menahu tentangnya??

Apa yang nyata di mata kita sekarang ialah RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bukan dari keluarga diraja Saudi seperti yang dinyatakan oleh AG, Apandi Ali.

 Kementerian Arab Saudi urusan dan kewangan asing tidak mempunyai maklumat mengenai hadiah itu dan menafikan pernah berlaku.

  Tapi Apandi berkata tiada kesalahan jenayah kerana dana derma daripada "keluarga diraja Arab"

  Siasatan antarabangsa yang melibatkan Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura akan sampai ke puncaknya tidak lama lagi. 

  Najib tidak akan dapat lari kemana. Bangkai gajah tidak mampu lagi ditutup dengan lalang sehelai....
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Jala telah ditebar, ikan ikan telah terperangkap dan tak dapat lari, nak gigit jala dia dibuat dari tali plastic, mana munkin gigi ikan dapat memutuskanya, sekarang jala sedang dipungah naik perlahan lahan, tak lama lagi kita nampaklah buayake ularke atau ketamke yang terperangkap!. Sediakan pemukul kayu kita ketuk kepalanya.

Anonymous said...

Ini bukannya bangkai gajah ditutup dengan sehelai daun lalang, tetapi ditutup dengan bangkai seekor anjing.

chomeycute Chomey said...

Huhu. Aku tunggu no..cepat LA dtangkap pengkianat pengkianat negara...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...