PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, February 03, 2016

ADUN pembangkang tidak sokong Mukhriz

Pharolrazi akui bukan semua 15 ADUN  pembangkang
 menyokong Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan Menteri Kedah selepas gagal mendapat sokongan penuh Ahli Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.

 Semalam, semua 15 ADUN pembangkang mengeluarkan satu kenyataan media menyokong penuh Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.

 Bagaimanapun, ada sesetengah ADUN pembangkang telah menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.

 Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang juga ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.9 "Tidak semua ADUN pembangkang sokong (Mukhriz), ada yang sokong dan ada yang tak sokong.

 "Saya tidak boleh beritahu jumlah yang menyokong dan tidak menyokong berapa dan pendirian saya terhadap Mukhriz biarlah rahsia," katanya kepada FMT.

 Phahrolrazi berkata, hanya satu soalan ditanya ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu ‘ Adakah YB sokong Mukhriz atau tidak?'

 Semalam, seramai 14 daripada 15 ADUN pembangkang Kedah menghadap Jemaah Pemangku Kedah.

 ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara.

 ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Mat Safian said...

Dgn terlantiknya Mat Bashah ni, bersedialah Pakatan Harapan. Anda mempunyai peluang cerah merampas semula Kedah. InsyaAllah...

mfi usj said...

Tau dah.....adun pas main kayu tiga dah macam kat selangor......tuang presideng kan punasehat ameno apco.

Anonymous said...

Kalau pembangkang sokong mukhriz maka nampak lah sangat kebangangan nya pembangkang,kerana mukhriz ada ikon dan pujaan rakyat teramai jd susah susah nak kempen untuk jatuhkan kerajaan umno/bn,tapi kalau mat bahsah jd mb harapan untuk lentuk umno/bn adalah tinggi.pandai pm najib ni buat rakyat semakin tidak mengemari umno/bn.tahniah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...