PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, February 24, 2016

Alasan Karut Penangguhan Pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara


  Laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 18 Disember 2015.

  Namun bila tiba hari tersebut, dilaporkan bahawa laporan tersebut akan hanya siap pada Februari tahun depan.

  Pada Februari  11, 2016, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Hassan Ariffin berkata, “PAC akan mendengar pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap Pengauditan 1MDB pada 24 dan 25 Februari ini."

  Apabila tiba masanya iaitu hari ini, Datuk Hasan menangguhkan mesyuarat yang telah dijadualkan untuk menerima laporan audit muktamad daripada Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan alasan kebanyakan ahli PAC mempunyai urusan di luar negara termasuk ada yang sedang mengerjakan umrah.... Berapa kali nak tangguh??

  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bercadang membentangkan laporan akhir pengauditan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat bermula Mac hingga April ini,  selepas pihaknya meneliti terlebih dahulu laporan yang akan dibentangkan Ketua Audit Negara kepada pihaknya pada 24 dan 25 Feb ini. 

  Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menulis di blognya bahawa alasan  Datuk Hasan itu sebagai "tidak kredibel dan tidak boleh diterima".

 "Adakah mana-mana anggota PAC menyatakan bahawa mereka akan berada di luar negara dan tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini dan esok, apabila PAC menetapkan kedua-dua tarikh berkenaan untuk mesyuarat PAC pada perjumpaan terkahir pada 11 Februari lalu?" soal pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

 "Jika tidak, mengapa kebanyakan anggota PAC berada di luar negara, seolah-olah semua anggota PAC di kalangan ahli parlimen BN bergegas ke luar negara pada kedua-dua tarikh tersebut?" soal Lim lagi.

 Lim yang juga adalah ahli parlimen Gelang Patah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hassan bahawa pembentangan laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada PAC ditunda ke minggu pertama bulan Mac.

  Tindakan anggota PAC (dari kalangan ahli parlimen BN) yang gagal menghadirkan diri ke mesyuarat itu seharusnya dikutuk oleh rakyat walaupun mereka tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengabaikan tanggungjawab.

 Seterusnya beliau bertanya,  "Adakah Hasan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PAC jika mesyuarat PAC sekali lagi ditangguhkan kerana satu sebab atau yang lain, dan ia tidak diadakan sebelum 6 Mac untuk Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit terakhir pada 1MDB? "
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Wayang kulit..ada tak laporan pelaboran dengan Petro saudi dan duit pindah dari caymen ialands ke bank disingapura?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...