PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, February 10, 2016

Amanah ganti PAS bukan ditolak PKR, DAP –

Oleh Muammar Qaddafi 
 
Baca laporannya di sini
Kenyataan pesuruhjaya PAS Selangor yang mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak PKR dan DAP adalah tidak tepat sebaliknya pesuruhjaya PAS Selangor itu perlu jelas, kewujudan Amanah bukanlah untuk mengambil alih tempat PKR mahupun DAP sebaliknya menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, iaitu Pakatan Harapan.

 Di pihak Amanah Selangor mereka juga menjelaskan walaupun keputusan awal ini dibuat namun keputusan akhir akan diputuskan selepas berbincang sesama parti komponen Pakatan Harapan, menurut saya mungkin ia berkaitan kenyataan DAP tidak lama dulu yang turut menyatakan hasrat mereka bertanding di beberapa kerusi PAS di Selangor.

 Walaupun masih wujud istilah "kerusi PAS" pada hari ini, menurut saya ia sudah tidak releven lagi, istilah "kerusi PAS", "kerusi DAP", dan "kerusi PKR" hanya layak digunakan dalam suatu kerjasama politik dan dalam konteks parti pembangkang adalah Pakatan Harapan, maka apabila PAS sudah bersendirian sekarang maka tidak wujud lagi istilah kerusi PAS apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan berita baik buat PAS, mereka boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia.

 Amanah sejak awal penubuhannya adalah dilihat cuba untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, usaha ke arah penubuhan Amanah juga dilihat selepas PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang sekali gus menghancurkan Pakatan Rakyat.

 Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, iaitu 2 gabungan parti sebelah kerajaan hari ini dan parti pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam 1 pakatan. 

 PAS pula sedang dilihat cuba mendekati badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik kecil yang mendakwa diri sebagai kuasa ke-3 dalam politik Malaysia sekali gus bakal meletakkan PAS setaraf mereka (kuasa ke-3) dalam arena politik negara.

 Persoalannya, secara realiti adakah "kuasa ke-3" mendapat sambutan dalam konteks pemikiran politik rakyat Malaysia yang lebih cenderung kepada dwi parti iaitu "kerajaan" dan "pembangkang" sahaja.

 Tindakan Amanah yang mengumumkan hasrat mereka bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di Selangor adalah tepat untuk membangkitkan semangat bekerja ahli partinya, kenyataan ini sekali gus menamatkan tanda tanya ahlinya sama ada Amanah sudah bersedia untuk terus bekerja ke arah memenangi pilihan raya atau masih menunggu reaksi balas PAS untuk berbincang soal pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru. 

 Kini petugas Amanah Selangor boleh bersedia dan lebih berfokus dalam usaha membawa Amanah menyumbang lebih kerusi kepada Pakatan Harapan pada PRU14. –  Februari, 2016. ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Kenapa PAS hendak gusar dengan dakwaan Amanah yang hendak bertanding di semua DUN dan Parlemen sebagai megantikan PAS berjuanglah jika sudah yakin pengundi akan memilih diri kita,nama pun pilihan raya umum jadi bertandinglah dengan hati yang terbuka jika menag itu tandanya pemilih masih lagi bersama PAS jika sebaliknya terjadi itu bererti yang PAS sudah tidak boleh diyakinkan lagi kewibawaan pemimpin yang berdolak dalik pabila mengeluarkan kenyataan,lihat saja sekarang bila cai ulama memakai kostium dewa budha tidak mengapa tapi kalaulah wakil Amanah yang memakai sudah pasti maki hamun dan caci caca akan terhambur keluar dari hati busuk pemimpin PAS yang Amanah itu pecaci DAP tapi dimanakan pemimpin PAS sekarang terutama sekali presiden yang serban lebig besar dari kepala fitnah tu.

An Anonymous said...

Silakanlah bertanding..saya pun dah x sabar nak lawan BN dan PAN..

Anonymous said...

Ana dah tak peduli dengan Pascai pun. 30tahun sejak dari tahun 80an berakhir dengan 2015 pascai muktamar. Hakikat yang lama berakhir juga. Allahuakbar!

Anonymous said...

Lebai iskandar. Kerusi pas dah habis. Expired tahun 2018 atau bila dun bubar. Lepas tu makan pencen ler kamu. Lebai akan ditolak di cempaka. Pas tk kena mengena dgn dap n pkr. Pas malas berjuang. Malah nk berpelok dgn umno penyamun. Cuma nk jawatan n fulus fiddunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...