GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, February 09, 2016

Apa tindakan PAS terhadap Khairuddin yang jelas mencemarkan parti yang katanya memperjuangkan Islam

 MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH SHAH ALAM – Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya sewaktu menghadiri sebuah majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu. Baca lagi di sini

  Cerita Adun Paya Jaras berpakaian menyerupai Dewa itu telah menjadi viral dengan berbagai ragam komen yang mengecamnya.

  Alasan yang diberikan Khairuddin agak melucukan; lainlah kalau dia hanya seorang tukang kebun atau seorang tukang sapu.... 

   Dia ini adalah seorang wakil rakyat dan merupakan Setiausaha PAS Selangor! Bukan calang-calang orang. Kesalahan yang dia lakukan itu sangat serius dan memalukan bukan sahaja dirinya sendiri, malah parti yang didokonginya, PAS !

 
Menjadi viral di media maya...
PAS yang siang malam cakap pasal agama, siang malam menghentam orang Cina, tiba-tiba ada pemimpinnya yang merupakan ahli Dewan Harian PAS Selangor telah menyamar jadi seorang Dewa Keberuntungan dengan membawa limau mandarin untuk orang ramai...?? 


  Untunglah .... PAS bukan sahaja parti yang ada 'Ulama Jadian' tapi sekarang sudah ada 'Dewa Jadian' untuk menarik minat komuniti Cina! Habislah ini kali DAP! 

  Khairuddin perlu berani bertanggung jawab. Dia bukan sekadar perlu memohon maaf kepada Allah sebagaimana yang dia nyatakan di status fesbuknya, tetapi kepada seluruh ummat Islam kerana dia telah mengelirukan dan memalukan kami semua!

   Sehingga kini PAS masih membisu tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan. Kita mahu lihat apakah reaksi PAS dalam isu tersebut. Jangan terus terkancing gigi sudahlah!

Gambar ini saya ambil dari artikel lama
saya di sini
 Masih ingatkah lagi kisah Allahyarham Cikgu Hashim Gera? Dia adalah guru saya waktu di Sekolah Rendah Umum Melayu Jalan Pasir Puteh Ipoh.


 Dia meruakan Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit; pada tahun 1969 telah dipecat dari PAS kerana telah melanggar disiplin parti dengan berjoget bersama ‘perempuan joget’ dalam satu majlis di Parlimen.

 Di dalam percakapan pembelaan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang terdiri daripada ulama' PAS itu Cikgu Hasim memberitahu: 

  "Joget adalah tarian bersih. Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget itu) lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Kah! Kah! Kah! Sebiji  macam alasan Khairuddin...ker guaner Ding??

  Bagaimanapun Pas telah menolak penjelasan Cikgu Hashim itu. Perbuatannya mencemar nama Parti Islam yang didokonginya. Cikgu Hashim pun dipecat. Ingat ya, hanya berjoget begitu pun dianggap telah mencemar nama parti Islam, apatah lagi dalam kes Khairuddin ini? Tidak mencemar lagikah namanya?

  Ingat ya, bahawa berjoget dikhalayak ramai adalah satu kesalahan kepada PAS dan Hashim Gera telah diambil tidakan tata tertib walaupun ketika itu, joget lambak (Joget berjemaah? Ha! ha!) adalah budaya masyarakat Melayu bila ada majlis kahwin...upah pondan sebagai pasangan menari pun biasa...!!)

  PAS ketika itu diketuai oleh Asri Muda, bukan seorang 'Ulama' seperti mana serkarang ini. Apakah tindakan PAS keatas Hashim Gera itu yang ketika dibawah ketua yang bukan Ulama itu satu tindakan yang 'salah' atau drastik?? 

 PAS sekarang dibawah Ulama bertaraf Donia, maka apakah tindakan PAS terhadap Khairuddin yang jelas mencemarkan parti yang katanya memperjuangkan Islam ... ke guaner mu Ding?
Comments
3 Comments

3 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Pemimpin cai adalah badut2 dan sarkas..
Lim guan eng pun tak pernah pakai kostum jd dewa.

Anonymous said...

mat saburit sama sama pegang lilin dalam upacara agama non muslim takmau bising ke?

An Anonymous said...

Pembetulan tuan.. Bukan mat sabu tapi nizar jamaludin.. macam khairudin jgk lah dah mengaku salah,mintak maaf dan bertaubat..selesai sudah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...