PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, February 18, 2016

Apakah reputasi Wan Ahmad dan SPR sudah bersih dari penglibatan isu 'Projek IC' di Sabah?


   Kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu adalah berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari 2013.

Selain Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defenden kedua hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad Sabu telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat/ 1-3 Feb 2013 ketika ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Jan lepas.

 Beliau mendakwa Mohamad Sabu telah mengeluarkan perkataan fitnah itu bahawa beliau (Wan Ahmad) tidak boleh dipercayai kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam 'Projek IC' di Sabah seperti didedahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

 Wan Ahmad mendakwa perkataan fitnah itu yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu dan dilaporkan oleh defendan lain membawa maksud bahawa beliau (Wan Ahmad) tidak mempunyai kredibiliti dan integriti dalam menjalankan tugasnya di dalam SPR selain mendakwa beliau telah menggunakan kedudukan serta jawatannya untuk mengaburi dan menutup konspirasi jahat yang didalanginya.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas selain mendakwa kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda mereka sendiri.~ sumber

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Pas dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah. 

  Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan. 

 Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad. 

  Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang akhbar itu, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda. ~ sumber

Komen al-Husseyn :
 Apakah dengan ini reputasi Wan Ahmad dan SPR sudah bersih dari penglibatan isu Projek IC' di Sabah? Menariknya isu projek IC Sabah adalah pendedahan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

 Apakah dengan kemenangan tindakan saman ini, keraguan rakyat terhadap SPR rakyat sudah hilang?

 Mat Sabu telah menyuarakan keraguan rakyat bila seramai 49,159 pengundi dalam daftar pemilih di Sabah disenarai sebagai bermasalah dikemukakan sebagai bukti dalam keterangan oleh seorang saksi JPN kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

 Jumlah itu mewakili 4.9 peratus daripada 1.6 juta pengundi Sabah dan sangat mencukupi untuk mengubah keputusan PRU-13.

 Penolong Ketua JPN Bahagian IC, Ruslan Alias, Januari lalu menyatakan terdapat 130,549 nombor kad pengenalan lama dalam rekod mereka dianggap bermasalah kerana memiliki maklumat yang tidak lengkap.

 Beberapa bukti terkumpul dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja itu membuktikan bahawa daftar pemilih ketika PRU-13, 5 Mei lalu dipenuhi pengundi IC bermasalah.

 Sudahkah SPR membersihkan daftar pemilih dengan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas bukti yang telah dinyatakan itu?

 Kemenangan saman Wan Ahmad keatas Mat Sabu itu tidak dapat merubah keraguan rakyat terhadap peranan SPR selagi ianya tidak mengambil langkah yang konkrit membersihkan senarai nama pengundi luar dan pengundi di Sabah akan terus terpinggir.

  Ternyata bahawa Mat Sabu adalah pejuang rakyat yang dizalimi hanya kerana semata-mata menyuarakan kepentingan hak rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadap SPR.

  Mat Sabu tidak keseorangan dalam menghadapi tribulasi dan mehnah perjuangan ini, walaupun parti lamanya itu senyap menyepi dalam isu ini.

 Sebaliknya orang ramai telah menyatakan solidariti mereka menyokong perjuangan Mat Sabu dengan melancarkan kutipan derma untuk membantunya.

    Shahbudin menulis di blognyabahawa menurut maklumat terkini, difahamkan hampir RM20 ribu berjaya dikutip pada hari pertama kempen diadakan.  Berdasarkan semangat kebangkitan rakyat, tidak mustahil derma untuk membantu Mat Sabu itu akan beroleh kejayaan dalam waktu yang tidak terlalu lama.

   Sumbangan derma boleh dibuat melalui akaun Maybank 5642 5857 6644 atas nama Pusat Penggerak Mobilisasi.Jom kita sama-sama membantu demi kepentingan rakyat! 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...