PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, February 27, 2016

Bekas peguam negara tunjuk bukti derma 2.6 bilion, SRC sah jenayah, kata Muhyiddin

  Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.

 Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.

 "Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

 "Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

 "Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

 Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.

 "Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.

 "Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.

 Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti. – 27 Februari, 2016.~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Najib rembat duit, kau kena pecat muyidin, apa nak heran? Kau kena pecat sebab kau lembab, bodoh tak berani lawan. Masa kena lucut jawatan TPM haritu patutnya kau dah lawan habis habisan. Slow! Lembab mcm baghal!

Anonymous said...

tlg jgn keras sgt dgn muhyiddin. bukan senang nk jd pejuang sejati. bkn semudah tiba2 bangun satu pagi: 'aku nak lawan'. klu demo pun tak brani turun jgn cakap pasal nak berjuang. salah seorg cth pejuang berada di sungai buloh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...