GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 12, 2016

Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz ...setahun telah berlalu ....

Di sekitar akhir Oktober 2013 lalu, akhbar Sinar telah menyiarkan satu tajuk besar di muka depannya: TOK GURU TERKEJUT

  Akbar tersebut melaporkan bahawa pertemuan Menteri Besar Kelantan dgn PM Najib kelmarin (ketika itu) sebagai pertemuan yg tidak dijangka. 

 "23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu," katanya lagi.

  Itu cerita dulu-dulu....sewaktu PAS belum terbabas dan tergelinjir dari landasan perjuangannya seperti hari ini.

 Betapalah andainya almarhum TGNA masih ada dan melihat gambar Hj Hadi dipeluk erat oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali? 

  Betapalah andainya almarhum TGNA masih ada dan melihat anaknya sendiri Nik Abduh begitu mesra bersama Perkasa? 

Betapa pula andainya almarhum TGNA melihat Hj Hadi sedondon bersama PM Najib diatas satu pentas?
Semoga Tuan Guru berbahagia di sisi Allah
 Hari ini 12 Feb 2016. Telah genap setahun TGNA pergi meninggalkan kita semua....

 Kini kita boleh dapat rasa dan nampak lebih jelas tentang perbezaan lanskep politik PAS sewaktu era TGNA dan yang sekarang....

  Kita merindui orang yang sehebat sepertinya untuk menerajui PAS Kelantan. Kita semua tahu tentang keberadaan tokoh tersebut... Insya'Allah, masanya tetap akan menjelang tiba.

Benar sangat sebagaimana apa yang pemimpin AMANAH, sering katakan :
“Kalau Tuan Guru Nik Aziz masih ada, kita tidak akan melihat Ibrahim Ali berpelukan dengan Hj Hadi…
 “Dan tentunya kita tidak akan dapat melihat Hj Hadi sedondon dengan PM Najib dalam satu majlis!” 
Pas sekarang bukan sahaja ada didalamnya Ulama Porno, Ulama Jadi-Jadian pun ada. Terbaru sudah ada pula Dewa Jadi-Jadian.... 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...