GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, February 13, 2016

Berapa Kali Husam Kena Mengadap Jawatankuasa Disiplin PAS??

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan jawatankuasa disiplin PAS.

 "Insya-Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti," katanya.

 Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Husam Musa akan dirujukkan kepada lembaga disiplin parti itu selepas jawatankuasa kerja PAS pusat mengkaji beberapa aduan yang dibuat terhadapnya.

 Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka menerima aduan terhadap Husam dari PAS Kelantan dan cawangannya.

 Tindakan terhadap Husam datang selepas beliau dilaporkan menggesa naib presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan setiausaha agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.

 Ini ekoran Husam berpendapat bahawa Mohd Amar dan Takiyuddin didakwa telah gagal meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

 Dalam satu kenyataan hari ini Husam berkata beliau menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

 "Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya-Allah akan mempertahankannya semasa menemui jawatankuasa disiplin nanti.

 "Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar PAS dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam PAS yang telah saya bangkitkan selama ini.

 "Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian PAS pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

 "Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal," tambahnya. ~ sumber

Komen al-Husseyn : 

 Sebelum ini, Husam Musa telah mendedahkan secara terbuka bahawa kerajaan Kelantan telah terlibat dalam pembalakan haram. 

  Beliau juga mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan mendedahkan plot yang didakwa oleh Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

  Pendedahan tersebut dibuat dalam satu majlis ceramah di majlis “Demo Tanya, Ambo Jawab” pada 14 November 2015 di Kota Baru, Kelantan.

  Beliau juga telah mencabar Hj Hadi supaya sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan siapa yang bercakap benar.

  Haji Hadi tidak berani menyahut cabaran Husam tersebut sebaliknya  Tuan Ibrahim Tuan Man yang tampil hanya untuk mengancam mahu mengambil tindakan disiplin keatas Husam. Samalah seperti apa yang dia cakap di atas itu. Baca di sini

  Husam telah mengadap Dewan Harian PAS  pada 30hb November 2015. Tetapi sampai sekarang tidak tahu apa keputusannya. Ini nak panggil lagi?? Berapa kali Husam kena mengadap??

  Kes 3 Pimpinan Dewan Ulama Perak Yang Kebal

  Tetapi bagaimna pula dengan kes 3 pimpinan Dewan Ulama Pas Perak yang yang pernah disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, tetapi sehingga kini berita mengenainya terus menyepi? 

 Mereka bertiga yang dimaksudkan ialah : Ustaz Mat Saleh bin Said. - Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz dan  Ustaz Arman. Sila rujuk di sini 

  Ada beberapa lagi kes aduan yang gagal ditangani dengan telus oleh Badan Disiplin PAS menjadikan badan tersebut kurang dihormati ramai.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Standard dah sama UMNO, so tiada yang pelik.

Anonymous said...

Selepas ketiadaan TGNA, PAS sudah jadi PPP singkatan kepada pas pis pus. Tinggal orang yang level pemikirannya macam Wan Rosli sahaja yang masih membela PPP itu.

anuariun zaidin said...

Berat nanang lembaga disiplin ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...