PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, February 15, 2016

Bukti UG : Umno terima dasar Pas, Pas terima dasar Umno

KUALA LUMPUR – Pelantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) membuktikan segala usaha parti Islam itu selama ini termasuk Islam sebagai dasarnya telah diterima baik oleh Kerajaan Malaysia. Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemilihan tokoh Pas itu ke dalam organisasi berkepentingan kerajaan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada parti Islam itu.

 “Kami ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memilih Datuk Dr Haron Din. Apabila beliau dipilih, maknanya usaha-usaha Pas itu (selama ini) diterima oleh pihak kerajaan.

 “Kami harap ia merupakan satu langkah yang positif untuk Pas bersama rakyat Malaysia bagi kita memulakan wacana lebih terbuka dan kefahaman Islam,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

 Beliau mengulas pelantikan Haron sebagai pengerusi kluster dakwah MPI oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan pada Jumaat lalu.

 Dalam pada itu, Mohamad Abduh berkata, penglibatan pemimpin Pas dalam mana-mana sektor kerajaan menunjukkan Pas tidak hanya terlibat dalam politik semata-mata.

 “Kami sentiasa ulang kepada masyarakat bahawa kami turut terlibat dalam usaha-usaha dakwah memperkenalkan Islam yang sempurna dan komprehensif kepada rakyat Malaysia sebagai satu cara hidup,” katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Tajuk sebenar laporan Sinar itu ialah : Lantik Haron Din: Bukti kerajaan terima dasar Pas.

 Saya ubah untuk menjelaskan erti yang sebenar yang tersirat dari kenyataan Nik Abduh itu.

 Kenyataan Nik Abduh ini sebagai mengulas kenyataan Datok Husam yang menganggap perlantikan tesebut merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.

"Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno. Ini tak kena dari segi protokolnya." Tulis Husam difesbuknya kelmarin yang turut dikongsi oleh ramai fesbuker.

 Bahrudin Jawadi, salah seorang fesbuker telah memberi komen :
Di awal tahun 80an saya selalu nenghadiri kuliah Tuan Guru Haron Din. Antara kata3 yang Saya masih ingat ialah ' Jangan kamu dekat , Jangan kamu hampiri, Jangan kamu berkawan, Jangan kamu pilih dan Jangan kamu sesekali cenderung dengan pemimpin pemimpin yang Zalim Dan fasiq'.
Ya, memang diakui, dulu-dulu PAS kerap membawakan ayat Surah Hud : 113 - "Wa-la tarkanu ilal-ladzina dzalamu fatamassa kumunnar ...."  - Jangan kamu cenderung terhadap orang-orang yg dzalim, kelak kamu disambar api neraka...

Tapi sekarang apa yang dimainkan ialah taawun :

وتعاونوا علىالبروالتقوى ولاتعاونوا علىالاثم والعدوان 
 Artinya: " Dan tolong-menolonglah kamu dalam hal mengerjakan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam hal perbuatan dosa dan permusuhan." (QS. Al Maidah: 2)

  Seolah-olahnya ayat tersebut baru sahaja turun dari langit malam kelmarin sejak PAS semakin mesra dengan Umno!
Comments
4 Comments

4 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Ramai broka dan barua dalam pas

Hidup Najib! said...

Hudud apa cer?..ashraf kata bnyk perkara lain yg perlu diberi perhatian dulu!!..dah brapa kali kena kencing..kalu tak baghal apa namanya??

Anonymous said...

Ibarat anjing belaan, sudah tentu akan diberi habuan oleh tuannya supaya boleh menyalak seteru tuannya. Buat apa jadi angsa liar, kena cari rezeki sendiri malah tempat perlindungannya pun tiada.

Unknown said...

Jng angkuh nik abduh. Anda menang di pasir mas krn simpati dan aura tgna. Sementalah ibrahim ali amat tidak digemari. Meluatnya rakyat kpd ibrahim ali seakan sama dan sedondong dgn anda sekarang ini. Kami tak sabar menanti masa unt mengundi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...