Sunday, February 21, 2016

'Cash is King' sebab sebenar Najib kekal PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui mempunyai sifat kesabaran yang terpuji! Tetapi  ada hadnya dan akan bertindak kalau ia melampaui batas.

  "Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak kalau melampaui batas," katanya di majlis itu anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87). 

 Najib menjelaskan bahawa keupayaannya untuk meneruskan kerjanya dalam politik mungkin disebabkan oleh sifat kesabarannya. Baca lagi di sini

 Benarkah sifat kesabaran Najib yang menyebabkan dia dapat kekal sebagai PM hingga kini?

  Semua orang kampung tahu, Najib pecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal sebab Najib kepanasan bila Muhyiddin dan Shafie Afdal tanya mengenai penglibatannya dengan 1MDB.

 Begitu juga dengan penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri kerana kritikan yang sama terhadap Najib dan 1MDB.

  Mereka disingkirkan kerana teguran mereka merosakkan parti.Kalau hendak menegur, ada tempat dan caranya untuk berbuat demikian, kata Najib.

  Tapi pernah tak korang dengar Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara bersuara mengkritik Najib secara terbuka? 

 Penyingkiran Gani secara tiba-tiba tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB.

  Segala tindakan pemecatan ini hanya mengukuhkan lagi bahawa Najib yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya sebagai PM.

  Keupayaan Najib untuk meneruskan kerjanya dalam politik adalah kerana 'Cash is King' dan bukan disebabkan oleh sifat kesabarannya sebagaimana dakwaannya.

 Semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara, PDRM nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan. Semuanya berada dibawah telunjuk Najib.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Yee brooo..... Jk malaysia yg pemimpin masih ada jati diri raja raja ada daulat....lantik siasatan di raja....buat satu siasatan imdb + 2.6 bilion.

mfi usj said...

Perihal kesabaran seseorang......kena tanya tuang presideng beb!

wanmohd endut said...

WSJ dh melampaui batas tuuuuu..

Anonymous said...

Brapa agaknye Najis bayor Ghani Petai-il yerr?

chomeycute Chomey said...

Pemimpin yang tiada maruah.....

chomeycute Chomey said...

Tiada maruah. Langsung...tapi golongan INI sudah biasa...take hairan la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...