PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, February 18, 2016

Derma RM2.6 bilion Najib jelas kes rasuah, kata forum

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang
apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. 
 Wujud kes rasuah yang jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion, kerana penjawat awam tidak sepatutnya menerima ganjaran, kata sebuah forum malam tadi.

 Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.

 Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

 RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015. Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.

 Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.

 “Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?” kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.

 “Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.

 “Tetapi hujah saya ialah, hak untuk tahu mendahului hak kebebasan bersuara,” kata Hanipa pada forum bertajuk “Skandal 1MDB dan RM2.6 bilion: berakhirnya kedaulatan undang-undang?” di Petaling Jaya, malam tadi.

 Hanipa berkata Najib melanggar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan wang itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013.

 “Beliau tidak sepatutnya terima. Ini kes yang jelas,” katanya ketika ditemui selepas forum itu.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata derma dianggap satu bentuk ganjaran dan penjawat awam
yang menerima ganjaran boleh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. 
P eguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata derma dianggap satu bentuk ganjaran dan penjawat awam yang menerima ganjaran boleh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Februari, 2016.Ambiga berkata derma dianggap satu bentuk ganjaran. Penjawat awam yang menerima ganjaran boleh didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

 “Anda tidak boleh lari daripada undang-undang ini. Mereka buat undang-undang namapak bodoh. Mereka yang bersumpah untuk melindungi dan menegakkan undang-undang itulah yang merendahkannya,” kata Ambiga di forum yang diadakan di Pusat Sivik Petaling Jaya.

 Ambiga juga mengecam peguam negara kerana mencadangkan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi untuk memperkenalkan hukuman lebih tegas kepada mereka yang membocorkan rahsia kerajaan.

 “Perubahan itu sebenarnya merendahkan kedaulatan undang-undang. Peguam negara tidak sepatutnya mencadangkan pindaan seumpama itu kepada akta berkenaan,” kata Ambiga.

 Apandi mencadangkan hukuman lebih keras, seperti sebatan dan penjara seumur hidup, terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.

 Aktivis anti rasuah mengkritik langkah itu kerana ia dianggap ancaman terhadap usaha mendedahkan rasuah. – 18 Februari, 2016.  - sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...