GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, February 06, 2016

Gambar Badut PM Najib tujuan mengancam dan memfitnah?

Mengulas mengenai kartun yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut yg telah tersebar di media sosial baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang menyebarkan gambar pemimpin negara yg diedit akan menghadapi tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengguna media sosial adalah dilarang menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan memfitnah beberapa Individu.

"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial untuk tidak menggunakan platform komunikasi untuk tujuan mengancam dan memfitnah orang lain, terutamanya pemimpin negara," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

  Sampai begitu sekali tukang ampu nak jaga hati seorang boss! Gambar Najib yang dibadutkan pun dianggap sebagai satu ancaman dan fitnah hingga mahu diambil tindakan kepada mereka yang menyebarkannya.Tidakkah ini keterlaluan?


Gambar Presiden Amerika, Obama pernah digambarkan sebagai "Joker" satu watak dalam filem Batman. Malah gambar Joker Obama tersebut tersiar melalui depan muka majalah The Time. 

Tidaklah pula polis Amerika nak bertindak mengada-ngada macam yang ada di Malaysia kita nih!

Joker merupakan watak yang sangat jahat dan merupakan musuh tradisi Batman yang dianggap hero rakyat.

 Gambar Badut Najib itu hanyalah merupakan karikatur bagi mewakili perwatakan Najib menurut sudut pandangan atau persepsi orang yang melakarnya.

 Melihat kepada reaksi nettizen kebelakangan ini, ramai yang melihat PM Najib ini selayaknya umpama badut yang melucukan terutamanya berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. 

 Umum tidak dapat menerima keputusan Peguam Negara yang telah membersihkan Najib dari sebarang kesalahan. Lalu mereka menganggap episod tersebut sebagai lelocon.

  • Najib mengaku terima RM2.6 bilion sebagai derma untuk parti tetapi masuk ke dalam akaun peribadinya sendiri. Masuk akalkah?

  • Derma itu konon datangnya dari seorang Pak Arab. Kemudian katanya dari beberapa sumber lagi... Kemudian Zahid Komidi kata dia dah jumpa dan dapat pengesahan dari Pak Arab tersebut...Kluklik kluklik rupa-rupanya Pak Arab tersebut adalah Raja Arab Saudi yang sudah meninggal .... Ada masuk akalkah? 

  • Alasan bahawa PM Najib telah memulangkan kembali sejumlah besar “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal. 

  • Najib tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya adalah tidak masuk akal.
  •  Tidakkah ini semua satu kelucuan apabila Peguam Negara membersihkan PM Najib tetapi Pengarah Operasi Khas SPRM, Dato’ Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas (“straight forward”)
    Comments
    0 Comments

    No comments :

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...