Sunday, February 28, 2016

Hj Hadi jangan nak perasan : Tak ada siapa jemput dia pung!

  
    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

 “Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya. 

 Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.sumber

Komen al-Husseyn :

  Kah! Kah! Kah! Hj Hadi semalam berkata, beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.
   

Ini bukan kali pertama dia kata gitu. Pada 12 Mei 2015 pun dia kata "Saya suka jika Datuk Seri Najib Razak dibiar menghabiskan tempoh mandatnya sebagai perdana menteri berbanding kecenderungan sesetengah pihak yang menuntut beliau meletak jawatan. ~  di sini

 
   Bukan dia sahaja yang kata gitu, Mursyidul 'Am Pas pun cakap benda yang sama macam itu juga.

  Maknanya, itulah pendirian PAS yang sebenarnya; kesian kepada geng walaunta yang beriya-iya menyatakan kebencian dan marah mereka terhadap pentadbiran Najib, sedangkan pemimpin tertinggi mereka amat kasih dan sayangkan Najib!

    Perkara keduanya ialah,  awal-awal lagi, pada 25 Februari lalu, Zaid Ibrahim umumkan bahawa perhimpunan pada 27 Februari itu adalah mesyuarat tetutup dan hanya untuk "jemputan sahaja".

 Antara yang akan dijemput itu termasuk wakil-wakil parti politik, pemimpin pelajar dan ahli-ahli masyarakat sivil yang mahu siasatan bebas ke atas 1MBD. 

 Nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada dalam senarai jemputan! 

  Apasal yang Hj Hadi ni duk merapu dan perasan buat kenyataan "tidak akan menyertai sebarang himpunan.." ? Perasan sangat dia nih! Kah! Kah! Kah! Sila rujuk di sini

  Kenapakah sampai begitu sekali naifnya Hj Hadi ini? Bukankah segala kepincangan yang sedang negara alami sekarang ini adalah disebabkan oleh salah guna kuasa penguasa? 

  Siapakah yang berkuasa dalam menentukan hala tuju Umno sekarang ini? Jawapannya ialah Najib dan kroninya. 

   Yang nak berkumpul itu pula, kebanyakannya adalah orang-orang Umno yang tidak bersetuju dengan cara penglibatan Najib menangani isu skandal 1MBD. Termasuklah Mahathir, bekas presiden Umno, Zaid Ibrahim sendiri, bekas menteri Umno, Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) .....majoritinya adalah orang-orang Umno.

 Jadi Hj Hadi selaku Penasihat Umno, kata 'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno' - Orang Umno yang jenis bagaimana yang Hj Hadi suka nih? Apakah Hj Hadi cenderung dengan orang Umno jenis penyangak??
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Nak ku kahak kan nya...

Boley Jalan said...

Dah gila dah dol ni....bukan saja perasan, bila terbuku sakit hati kepopularan pemimpin lain...macam2 fatwanya.....skrg dah macam MCA dah....tak mau islam tapi tak anti org islam....mohon liow tiong lai keluarkan sijil mental lah, boleh lah hadi cakap apa saja........fatwa 72 mazhab pun ok.

Anonymous said...

Tuang presideng nih kan best friend presiden umno.dia anti umno tp baik dengan orang umno..ape punye belit bahasanye..agak2 ahli2 pas boleh faham ke?

Anonymous said...

Dia ni ada masalah kecelaruan mental..

troubadour said...

Tuang Presideng dah banyak sangat makan dedak! 😆

UMNO PARTI PENJARA said...


Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
>>> Klik Di Sini <<<
'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
>>> Klik Di Sini <<<


Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
>>> Klik Di Sini <<<


Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
>>> Klik Di Sini <<<


Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
>>> Klik Di Sini <<<

Anonymous said...

ni aku rasa mcm nk mencarut je ni..

Anonymous said...

How to access all the sites that has been blocked i.e. Malaysia Insider etc. 
1. Use Google Chrome 
2. Look for 'Options' button.( look for 3 vertical dots at the top right hand corner of your screen) 
3. Touch on that button. 
4. You will see a list of options. Select 'Settings'. 
5. Scroll down and look for 'Data Saver'. Select it. 
6. The normal default setting is 'Off'. Slide the button to switch it 'On'. 
7. Now you can access all the websites that have been blocked

Anonymous said...

salam semua
aji sotong ni tak berpijak dibumi yang nyata.Berada diawangan kot...cakap merapu je...apa punya standard ulamak ni...dulu memang saya hormati dia...sekarang tidak lagi...nampak sangat dia ni dah beralih 'kiblat'.sedar lah Aji tuan tu ulamak...setiap patah perkataan tuan jd perhatian dan ikutan pengikut tuan...jgn salah bawak tuan..mmg tuan bole bg berbagai hujah dan alasan dengan hadis segala..tp akhir sok tuan akan di pertanggungjawabkan depan Allah...

Ritchie Blackmore said...

Send to tanjong rambutan..

Anonymous said...

Masalah mental dan jantong. Bini 2. Kalu kawen lagi satu baru ok. Yg muda tau. Kasi kureng tension. Kihkih

Anonymous said...

Inilah akibat suka memutar belitkan ayat quran.akhirnya terbelit sendiri. Nauuzubillah. Ya allah selamatkanlah dari perangai buruk haji Hadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...