Monday, February 29, 2016

Hj Hadi sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional?

Hj Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk
 pemerintahan daripada Umno dan sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional. 
  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia.

 Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

 Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

 "Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.

 "Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.

 "Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. 

 Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

 November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.

 Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. – 29 Februari, 2016.~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Ni orang panggil tua kutuk, tua nak mampus, tua tak sedar diri

Ali said...

Hadi awang ni mcm org gila la.org mabok todi pun waras lg.

Anonymous said...

Kecek lebih . buat Hudud d Ktan dulu . mulut bcabang 1000

Raja Sarimah Raja Alias said...

TGHH ulama yang hebat. Orang yg pendek akal tidak faham dan nampak strategi sebenar kerana telinga dan mata mereka penuh dgn perkara maksiat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...