Thursday, February 25, 2016

Idea kerajaan teknokrat, syabas buat PAS

- Muammar Qaddafi 
Timbalan presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man baru baru ini mengutarakan kembali pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan teknokrat.

 Kerajaan teknokrat secara mudahnya adalah pemimpin eksekutif negara akan dipilih dalam kalangan mereka yang benar-benar mampu dalam bidangnya oleh parti politik yang menang pilihan raya,misalnya Tan Sri Zeti Aziz, dilantik parti yang menang, menjadi menteri kewangan tanpa beliau perlu menyertai pilihan raya.

 Ini kerana beliau dilihat mampu untuk mengurus dalam bidang itu berbanding ahli politik yang tiada latar belakang ekonomi.

 Dalam membaik pulih keadaan ekonomi dan sosial negara, sememangnya cadangan ini wajar diperhalusi dan dilaksanakan dengan kadar segera.

 Tetapi sedikit ironi apabila cadangan ini keluar dari PAS. Teknokratik pada asasnya adalah berdasarkan meritokrasi dan PAS adalah parti yang gagal daripada sudut ini.

 PAS sendiri gagal meletakkan kepimpinan eksekutif dalam negeri yang mereka menang berdasarkan merit, tidak hairanlah setiap negeri yang ditadbir PAS akan caca merba dan menemui kegagalan termasuklah yang sedang berlaku di Kelantan.

 Kepakaran PAS adalah pada slogan parti, namun tidak pada perlaksanaan.Bahkan lebih teruk, mereka candukan rakyat dengan doktrin agama.

 Sheikh Maududi meletakkan kelompok ini sebagai golongan theokrat demokrasi iaitu yang menganggap mereka sebagai wakil tuhan di bumi menggunakan slogan mereka.

 Idea meletakkan golongan yang layak sebagai eksekutif sebenarnya tidak perlu sehingga pelaksanaan konsep kerajaan teknokrat walaupun asasnya ia cadangan yang baik, hatta dalam parti politik sendiri ada pemimpin yang mampu mentadbir, malangnya orang ini tidak dihargai sepenuhnya. 

 Lihat sahaja di Kelantan hari ini, timbul isu isu kegagalan kerajaan negeri kerana tidak mengutamakan meritokrasi dalam memilih kepimpinan negeri.

 Datuk Husam Musa yang berjasa besar ketika pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz disingkirkan terus selepas berlaku perubahan kepimpinan walaupun beliaulah yang dilihat lebih berkemampuan mentadbir negeri.

 Maka tidak hairanlah Husam selaku exco kanan diberi kepercayaan menteri besar ketika itu untuk membentangkan bajet kerajaan negeri yang selalunya dibentangkan menteri besar. 

 Namun begitu kegagalan PAS sebagai pentadbir boleh dikurangkan melalui konsep kerajaan teknokrat. Cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar agar Kelantan menjadi pelopor konsep ini wajar diambil tindakan segera memandangkan cadangan ini dari PAS, sekaligus menjadikan PAS Kelantan sebagai guru politik di Malaysia.

 PAS juga dahulunya tidak pernah kekurangan tokoh yang layak mentadbir negara berdasarkan kepakaran masing-masing.

 Malang sekali pasca muktamar tahun lepas mereka ini tersingkir dan digantikan pemimpin berlatar belakang agama yang tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri mahupun negara.

 Namun begitu nama-nama "bekas PAS" seperti Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa tentu sekali mampu mengisi pentadbiran negara satu masa kelak sekiranya rakyat Malaysia lebih mengutamakan merit individu berbanding candu parti politik menggunakan agama dan kaum semasa memilih pemimpin.

 Apa pun, syabas diucapkan buat PAS atas cadangan yang sememangnya baik untuk negara ini.

 Sekurang-kurangnya pandangan kita sama iaitu kepimpinan negara harus berdasarkan meritokrasi bukanlah pada slogan dan idealogi parti semata-mata. ~ SUMBER
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Pas blh buat kerajaan keparat

Anonymous said...

zuhdi jenti bolih dilantik menteri jentik2

Boley Jalan said...

Bermula dgn isu wala' sehingga tawaaun.....dan kini " kerajaan teknokrat" pulak dah, semua nya nak menghalalkan persekongkolan hadi (&the pelaq'un) dgn najib.Pas pun dah sekular .......teruk lagi drpd hamno dah. Lebih jijik mengaku diri sebagai ulamak.

Anonymous said...

Cepat sangat ucap syabas..ini idea TITM atau idea PAS?adakah telah dipersetujui oleh tuang presideng..yg lepas2 kenyataan timbalan presiden berlawanan dgn tuang presiden penasihat..

Anonymous said...

Cakap TITM tak same dengan Tuang presideng PAS..jadi ini bukan cakap PAS..penulis kena tahu bezakan.ini cadangan timbalan presiden saje yg blm di bincangkan dengan ulamak2 Pas

Hidup Najib! said...

Teknokrat apa kebendenya..abis kena cantqs ngan ulamak cai

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ada yang keliru dengan kenyataan diatas samada itu pandangan peribadi TITM sahaja ke apa.

Di awal tulisan telah dinyatakan berikut : "Timbalan presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man baru baru ini mengutarakan kembali pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan teknokrat."

'Mengutrakan kembali pandangan Hj Hadi' maknanya lontaran idea asal dari Hj Hadi. Harap maklum!

Saya pernah mengulasnya ketika Hj Hadi mengutarakan idea tersebut - http://alhusseyn51.blogspot.my/2015/11/haji-hadi-lontar-idea-terbaru-tapi.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...