PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, February 13, 2016

Ini kali Najib mesti kena turun!


  Suatu ketika dahulu, pernah dilaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah melancarkan 'Kempen Penurunan Najib' pada 29 Januari 2014 tahun lalu ... Cer tengok gambar atas! 

 Kini satu kempen baru telah dilancarkan bagi tujuan untuk menurunkan Najib melalui tatacara menggesa raja-raja Melayu membuka siasatan dan melantik pendakwa raya bebas mengetuai siasatan ke atas PM Najib.

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah melancarkan kempen "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Ahad lalu.

Kempen tersebut susulan laporan The New York Times pada 6 Februari, memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta yang dimasukkan dalam akaun Najib bukan sumbangan politik tetapi pelaburan seorang warga Saudi. 

 Pengendali meletakkan sasaran pertama mengumpul 100,000 penandatangan dalam tempoh seminggu bagi membina momentum ke arah 1 juta tandatangan.

 Kali ini nampaknya kempen untuk menurunkan Najib agak lebih berjaya dari yang sebelumnya.

 "Setelah 5 hari dilancarkan, 30,000 rakyat Malaysia berani tampil menandatangani petisyen untuk mendakwa Najib," kata pengendali laman itu.. 

Jika kalian belum menandatanganinya, sila klik link yg ada di penjuru kanan blog al-Husseyn ini.Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Wan Azhar said...

Ingin menambahkan pendapatan anda?yang ini tidak perlukan modal,janji anda mempunyai internet untuk bekerja di rumah.ingat!!Tanpa MODAL..anda perlu KLIK DI LINK DISINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943.SELAMAT BERJAYA SEMUA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...