GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, February 25, 2016

Ini semua dedak punya pasal!

Bukan kepalang marahnya bila ada fesbuker edit  gambar pak Menteri Komidi ...... 

"Meletakkan mukanya pada gambar anjing, sangat biadap. Haiwan itu haram kepada orang Islam. Ia satu penghinaan.

 "Ia juga satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, terhadap orang Melayu, kerajaan dan Umno. Ia menghasut kebencian terhadap pemimpin, parti dan pentadbiran.

 Berombongan pula buat repot polis satu Malaysia ! Kah! Kah! Kah! - Baca  di sini

 Gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz kata kepada Tan Sri Rafidah Aziz dengan kata-kata terbaiknya, “Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara. “Dia nak menyalak pun lantaklah....” 

  Apakah gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz katakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Muhyiddin ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ ??

  “Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah,” katanya di sini

  Beginilah nasib bekas pemimpin-pemimpin umno yang sudah tidak ada kuasa lagi. Apabila mereka sudah kehabisan dedak untuk diberikan kepada para pengampu yang selama ini diupah dengan dedak...

  Kalaulah Muhyiddin Yassin itu masih lagi Timbalan PM, beranikah Nazri tu nak kata macam itu kepadanya?

  Kalau Muhyiddin masih lagi PM, Nazri buat dia macam tu, sudah tentu Ali Tinju dan Rani Kulup berhambat ke balai polis untuk nak dapat dedak masing-masing!

   Apakah seorang pemimpin Melayu seperti Nazri Aziz itu dikira 'tidak mengapa' bila menyelar dan mengutuk orang lain sebagai anjing? 

   Bila Shafie Apdal suruh dia minta maaf kepada Muhyiddin, dia tengking pula Shafie Apdal dan menafikan dia gelar Muhyiddin anjing.

"Dia (Shafie) harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh," kata Nazri.

Nazri kata, " Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing duk gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah...!" Cer korang dengar rakaman berikut :

  
  Bila rakyat biasa dengan hanya mengedit gambar anjing berkepalakan manusia dikira sangat biadab, pung-pang, pung-pang!

  Ini semua kerja gerombolan tukang ampu, tukang kipas, kaki bodek, penerima dan pengharap dedak semua suka dan bergembira... Menteri macam Nazri Aziz pun sanggup menyodok untuk dapat dedak!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dalam umno sekarang mana ada lagi pejuang bangsa,agama dan negara.ramai pejuang untuk perut dan kemewahan.kerja mereka bodek jer tak kira walau salah terbentang depan mata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...