GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, February 14, 2016

Isu Tabung Haji : Apa pendirian PAS yang sebenarnya ??


  Cuba perhatikan sikap PAS yang pada mulanya agak lantang dalam menyuarakan isu Tabung Haji tetapi beransur-ansur longlai dan akhirnya puji memuji sesame sendiri.

 "Pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanfaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan." Kata Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Apa maksud ‘manfaat’ yg dikatakannya itu? Dapat minum dan jamah kudapan? Hahaha! Mula-mula tu bukan main lagi garang; suruh 'pecat' Azeez Mamak tu ....

 PAS tanpa malu mengangkat dirinya sendiri sebagai ‘Menerajui budaya politik matang dan sejahtera’ hanya kerana mengunjungi TH – minum dan berborak-borak kosong tanpa mengemukakan apa-apa persoalan yang perlu rakyat mengetahuinya.

 Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan “…kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini.”

 Kah! Kah! Kah! Kenapa TITM tidak dapat beritahu kita apa yang dijelaskan oleh TH itu? Katanya dia dengar dengan teliti ….tapi dia mengharapkan TH pula yg perlu menjelaskan kepa rakyat!??

 Berikut adalah rentetan lakonan wayang kulit PAS dengan isu Tabung Haji -

 26 Jan 2016 : PAS mahu pengerusi Tabung Haji dipecat jika benar rizab negative 

 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengerusi baharu perlu dilantik bagi membantu menunaikan obligasi lembaga itu berdasarkan saranan Bank Negara. Baca sepenuhnya di sini 

28 Jan 2016 : Pas yakin sistem tadbir urus Tabung Haji

 Pas sebenarnya amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. 

 Pas berpuas hati dengan penjelasan oleh Menteri yang menjaga Tabung Haji, Datuk Khir Johari Baharom (yang ditemui sendiri di Parlimen semalam) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Baca sepenuhnya di sini 

 January 29 2016 : PAS gesa Ketua Audit Negara segera dedah audit TH

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, menggesa supaya Ketua Audit Negara segera mendedahkan laporan audit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya keyakinan rakyat dipulihkan selepas terjejas ekoran pendedahan surat amaran Bank Negara Malaysia yang diakui benar oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim. Baca sepenuhnya di sini 

 2 Feb 2016 : Pertemuan dua hala PAS dan Tabung Haji 

  Kunjungan ke Tabung Haji oleh PAS Pusat hari ini berlangsung dengan baik. Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap di samping turut mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus. 
   
Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanfaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan. Tinggi harapan PAS agar institusi ini benar - benar dikendalikan secara profesional dan telus sekaligus menjaga kepentingan seluruh pendeposit yang terdiri daripada umat Islam.

  Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini. Justeru besar juga harapan umum kepada institusi terbesar dan terpenting bagi umat Islam di Malaysia ini bebas dari perkara yang merosakkan reputasi dan prestasinya. Baca sepenuhnya di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Muka2 yg pi tu bukan tahu pun pasal ekonomi. Kena kelentong dgn azeez mamak tu...bengong terus..main angguk kepala ja.

Ali said...

TITM ckp mcm Hindu mabok todi.org mcm ni ke nak dijadikan pemimpim? 2x5 najib je...ckp omputih,account satu habuk pun tak tau..harap ke kopiah je la..

Anonymous said...

Azeez tu pun bukannya tahu ekonomi dan akaunting. Masing2 kelentong masing2. Hasilnya, kenyang perut mkn karipap.

tok janggut said...

Tantawi siku n lutut yg pergi..kah kah kah, apa tau nya si siku n lutut tu, setakat nak mengampu boleh la..

Anonymous said...

Yang pegi tu dapat goodies beg dari TH terus berubah macam baru jumpa pasangan pengantin, terus puji melangit.

Hidup Najib! said...

Kalu setakat kelentong dl ceramah kat puak2 walaun blh lah..kena bab2 akaunting ni..entah sapa kelentong sapa wallahu alam..depa balek je melekek2 aziz mamak gelak kat depa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...