PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, February 07, 2016

Jangan lawan cakap tuan.....meh belajar lagi undang-undang!

 Bekas boss kepada Apandi Ali yang merupakan pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada awal 1980an, mengalu-alukan Apandi yang kini menjawat jawatan Peguam Negara, bertemu dengannya jika beliau ingin belajar dan mengetahui lebih lanjut tentang undang-undang.

 Tan Sri Abu Talib Othman, bekas Peguam Negara berkata , beliau tidak pernah ingat mengarahkan agensi-agensi penyiasatan, termasuk badan anti-rasuah, menghentikan siasatan mereka.


  Beliau mengulas kenyataan penggantinya Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang beliau mengikuti jejak langkahnya (Abu Talib) apabila mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail berkaitan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

 "Saya hanya mengikuti jejak langkah tuan saya. Sekarang dia kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru.

 "Saya harap dia boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberikan penjelasan," Apandi dilaporkan berkata demikian kepada Sin Chew Daily dalam satu wawancara eksklusif.

  Abu Talib minggu lalu memberitahu, peguam negara, yang juga pendakwa raya, tidak mempunyai kuasa memerintahkan SPRM menutup siasatannya ke dalam kedua-dua kes tersebut. 

  Abu Talib juga berkata, Apandi tidak akan berada dalam keadaan mengelirukan jika beliau sebenarnya mengikuti jejak langkahnya.

 Beliau berkata, atas nama keadilan untuk Najib dan orang ramai, dan menyedari yang wang RM2.6 bilion itu datangnya dari luar Malaysia, Apandi sepatutnya memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada SPRM untuk melengkapkan penyiasatan.

  Orang ramai, kata Abu Talib, tidak mungkin mempersoalkan keputusan Apandi (membersihkan perdana menteri dari salah laku jenayah) jika beliau membenarkan SPRM mengumpul bukti di luar negara.

  "Sekarang ini, keputusan Apandi menjadi pertikaian dan menimbulkan persepsi negatif kepada kesaksamaannya dan komitmennya terhadap keadilan dan kedaulatan undang-undang," katanya.  ~ sumber 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

telah menjadi amalan bg mana2 diktator utk melantik org yg blh diperguna utk menutup apa saja jenayah mereka.

dn ditambah lg kezaliman dgn merekacipta hukum demi membela kezaliman tuan mereka.

kpd Allah kita mohon pertolongan kerana kita yakin kezaliman pasti akn binasa di dunia dn akn mendapat siksa yg tidak terperi di neraka.

apakah mereka yg zalim itu lupa bahawa ajal pasti tiba walau sehebat mana kamu cuba menutup kezaliman kamu

ajal semakin. saat dimana tidak berguna 2.6b yg kamu rompak itu.

kpd penjilat dn pembela kezaliman.. kamu juga akn bersama si zalim yg kamu bela disana nnti.

bergembiralah dgn sedikit waktu yg Allah tundakn utk kamu.

amiiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...