PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, February 11, 2016

Jelaskan dasar rizab TH seperti diminta Bank Negara, gesa PKR

Enam hari lalu, sewaktu Jamil Khir dan Azeez mamak mengisytiharkan pembayaran bonus 8 peratus, mereka mendakwa :

" Pendapatan Tabung Haji pada 2015 berdiri pada RM4.47 bilion, manakala keuntungan selepas zakat pada RM3.53 bilion." 

Jamil berkata kedua-dua pendapatan dan keuntungan bagi tahun kewangan 2015 adalah yang tertinggi sejak penubuhannya lembaga itu 52 tahun yang lalu.

Kah! Kah! Kah! Tabung Haji bayar zakat walaupun rugi! Bagi bonus paling tinggi pula tu!! Ini semua wayang kulit. Jamil dan Azeez ni adalah watak Wak Dogol atau Badut dalam permainan wayang kulit!

Jelaskan dasar rizab TH seperti diminta Bank Negara, gesa PKR

PKR hari ini menggesa Lembaga Tabung Haji (TH) agar menjelaskan dasar rizabnya seperti diminta Bank Negara Malaysia lebih setahun lalu.

 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa gabenor Bank Negara sebenarnya menulis surat setahun lebih awal kepada Tabung Haji sebelum surat terakhir bertarikh 23 Disember 2015.

 "Sepanjang isu ini timbul sejak sebulan lalu, hampir keseluruhan rakyat Malaysia terlepas pandang Bank Negara menulis surat kepada Tabung Haji mengenai keperluan merumus satu dasar rizab setahun lebih awal (iaitu pada 19 Disember 2014) dari tarikh surat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang bertarikh 23 Disember 2015 itu," kata Rafizi dalam kenyataannya.

 Katanya, ketiadaan maklum balas daripada Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abdul Azeez Abdul Rahim menyebabkan Bank Negara sekali lagi mengeluarkan surat sama pada Disember lalu.

 "Maknanya, perkara ini ditimbulkan Bank Negara lebih dari setahun yang lepas namun nampaknya tidak ada sebarang tindakan kukuh di pihak Azeez sehinggakan Bank Negara terpaksa mengeluarkan surat seterusnya bertarikh 23 Disember 2015.

 "Saya menuntut supaya Azeez memberikan penjelasan segera mengenai perkara ini dan memberi jaminan Tabung Haji akan mengemukakan cadangan dasar rizab seperti yang diarahkan Bank Negara sebelum 31 Mac 2016," kata Rafizi.

 Dalam kenyataan sama, Rafizi mengalu-alukan maklum balas Tabung Haji semalam terhadap analisa yang dilakukan pihaknya.

 Kata Rafizi, tindakan Tabung Haji mendedahkan hanya angka rizab boleh agih sebanyak RM609 juta dan menyembunyikan angka rizab tak boleh agih membuktikan analisanya benar.

 Rafizi 2 hari lalu berkata pemberian bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% kepada pendeposit Tabung Haji bagi 2015 bukan jaminan kedudukan kewangannya kukuh.

 Katanya, berdasarkan analisa yang dilakukannya, kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 iaitu 2 tahun berturut-turut. – 11 Februari, 2016. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Mamak Azeez ni mana tau padal economi. Pasal cekau duit dia tau la.

Kamal said...

Mamak ke? Poorah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...