PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, February 11, 2016

Kenapa PM Najib berulang alek ke Singapura mendadak ?

  Apa pula halnya PM Najib membuat kunjungan berulang alek secara mendadak ke Singapura ? 


Tentulah ada sesuatu yang misteri kerana kunjungan tersebut bukan kunjungan rasmi - Tidak ada sambutan karpet merah; tapi mungkin muka Najib yang menjadi semakin merah!!

Pada 6 Feb 2016, dilaporkan bahawa PM Najib telah membuat penerbangan yang mendadak ke Singapura, tiba di Lapangan Terbang Changi pada petang Sabtu pada kira-kira 03:00 petang. 


Dilihat pada 6 Februari 2016
 Airbus 319, catatan log NR1 nampaknya telah mendarat dari suatu tempat di luar pantai timur Semenanjung, dari mana ia merentasi Batam dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Changi. 

Lawatan mendadak ini ketika keadaan kritikal di mana Singapura sedang menjalankan siasatan ke atas saga 1 MDB. 

 Adalah sesuatu yg berkemungkinan bahawa lawatan kilat yang mendadak ini berkaitan dengan perkara 1MDB. 

Rujukan 

Pendakwaan Gerald Fernandez & Fr Joachim Kang berjaya menunjukkan bahawa pendakwaan Singapura terhadap Yak Chee Yew dan kecurian 1MDB tidak boleh dipercayai.

 Kerajaan Singapura tidak lagi boleh berpura-pura bahawa Najib Razak bukan seorang suspek dalam jenayah: Singapura tidak boleh mengatakan ia tidak tahu ke mana US $ 530 milion pergi. ~ sumber 


Pada 8 Feb, dilaporkan, pesawat rasmi PM Najib, November Romeo 1 (NR1), meninggalkan Singapura awal pagi Isnin (waktu Malaysia) setelah mendarat di Changi, dan mungkin Batam, hanya di bawah 24 jam.

Pada Selasa Februari 9, 2016, NR 1 dilihat telah meninggalkan Kuala Lumpur pada kira-kira 01:00 pagi menuju arah selatan lagi. 

Penerbangan tersebut menunjukkan mungkin telah menuju Changi atau Batam.

Lawatan yang berulang dan sekerap ini secara tiba-tiba  dlm masa penyiasatan tahap kritikal sedang dijalankan Singapura ke atas 1 MDB saga. Kemungkinan besar bahawa perjalanan ini ada kaitan dengan perkara 1MDB ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...