Wednesday, February 24, 2016

Kerajaan Teknokrat : Jangan Sekadar Mainan Di bibir Sahaja


      Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Kerajaan Teknokrat cadangan Hj Hadi Awang, jangan hanya sekadar permainan di bibir sahaja.

  Cadangan Kerajaan Teknokrat pertama kalinya dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam.

  Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

 Mahfuz memuji cadangan tersebut lalu  mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat .

 “Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.

 “Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.

  Mahfuz meggesa kerajaan negeri Kelantan meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

  “ Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” katanya.

   Tapi amat malang sekali sebab PAS telah menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu dan kini PAS  dikuasai oleh kumpulan konservatif agama. ~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

chomeycute Chomey said...

Sudah LA ..bro..cukop la terengganu terkorban...Kedah terlepas...Selangor haru biru...boleh percaya ke...penat penat dsai...tgnaa...mat sabu ..lim guan eng Dan yang lain lain berjuang...APA yang dah terjadi...renung renung kan LA...buang masa jer.. Lebih baik kita pandang kehadapan...tinggalkan org yang luoa diri...amin

Anonymous said...

Kerajaan Ter ko no kerat

Anonymous said...

Taik kucing dey...pas skrg dgn pemimpin yg ada xkan mampu sbb golongan yg ada dlm tu golongan yg xmampu berbuat apa2..cume bg ceramah bagi idea...tp tak tau nak bekerja...puiii...tu la...dulu angkuh..konon pembersihan parti.gol. profesiional xdperlukan..skrg merasalah

Anonymous said...

Betuila.bosan ngan politik taik mcmni tp apakan data terpaksa membayar pemerintah zalim

Anonymous said...

Sebenarnya kerajaan yg dicadangkan pas bukannya "teknokrat" tapi "tak nok kerat(potong)"...pas bukannya faham teknorat tu apa..mereka hanya pandai sebut saja..ckp tak serupa bikin.Dalam kepala mereka asyik fikir hudud jer..lain2 benda takda..otak kosong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...