Friday, February 26, 2016

Kerajaan Teknokrat : Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

 Berikut merupakan tulisan yang pernah blog ini keluarkan ketika mengulas lontaran idea Hj Hadi yang mencadangkan Negara Teknokrat.

  Saya ulang siar semula kerana TITM cuba membawa semula idea mengarut Hj Hadi tersebut.

Pernah dengar  Negara Teknokrat ??Ha! Ha! Ha! Korang kliklah link tu.

Sebelum dibuat diperingkat negara, suruh dia buat diperingkat pentadbiran parti PAS terlebih dahulu.

Sekiranya istem teknorasi, dimana hanya kalangan profesional sahaja layak dilantik sebagai pentadbir dibuat diperingkat pentadbiran PAS, maka kita semua akan bergembira  untuk melambaikan tangan ucap selamat jalan kepada toklebai-toklebai yang mentadbir PAS sekarang ini!

Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

 Apakah mereka yang berkelulusan agama ini perlu berada di bawah Institusi Agama seperti Jakim, Jawi, IKIM, Yadim.....

  Kita akan ucapkan selamat bersara kepada Hj Hadi, Harun Din , Nasarudin Velfire, Nik Abduh....moga PAS akan kembali ke landasan perjuangannya yg asal dengan ketiadaan mereka....

Siapakah lagi profesional yang tinggal dalam PAS setelah kumpulan profesional dicantas setandan sewaktu muktamar yang baru lalu?

Nampak merapu bila baca ayat nih : Sebelum ini pemimpin parti politiklah yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihanraya.

Agaknya apalah yang Hj Hadi maksudkan dengan 'kelulusan akademik tertentu' itu? 

  Lazimnya dinegara kita, kalau nak jadi guru, kita masuklah kolej atau universiti perguruan. Kalau mahu jadi doktor prubatan, kita kena masuk universiti perubatan....

 Tapi kalau nak jadi Perdana Menteri atau Tim Perdana Menteri, kita belum ada lagi tempat pengajian untuk itu. Maka kita minta Hj Hadi sila buat universitinya boleh?? Kah!Kah! Kah!

  Pendidikan bukanlah penentu segalanya. 
Kita memerlukan seorang pemimpin yang arif dan bijaksana yang dapat mententeramkan suasana, bukan pemimpin yang justru memperkeruh suasana. 

  Seorang pemimpin seperti Hj Hadi sendiri terbukti gagal mententeramkan keadaan dalaman PAS sehingga berlaku kegawatan dalam parti hingga membawa kepada perpecahan. 
Comments
8 Comments

8 comments :

Boley Jalan said...

Kerajaan teknokrat.....??? Ala kita hantar je mat2 tu ke mosul.......suruh depa naseehat al baghdadi join Pas.

Anonymous said...

Kerajaan Tengkuk Nak Kena Kerat.... umno sudah kerat pas dalam isu hudud.

Anonymous said...

Alang bin timun ni sapo? Aku agak dia budak wala unta hadi awe jer. Haha. Tak boleh pikir dah. Mcm walak ahli al arqam kpd ashaari muhamad. Depa anggap imam mereka maksom. Haha. Betolker idea kjaan teknokrat ni drp hadi awe? Atau drp menantunya ding ayamm? Rasanye mcm kjaan perpaduang jugok. Najibtuya pon teknokrat jugak tau. Kahkah

Anonymous said...

Nik abduh,tantawi, haron din,hadi letak kat tganu jd nelayang tangkap ikang..

Hidup Najib! said...

Teknokrat dlm pas mu cantas abis...bila nak perintah gelabah..tak dengor pung suara lebai2 pas dlm hal2 ekonomi,matawang,urusan perbankan international,bilateral trade,tppa..sonyap pasal x reti nak komen

Ritchie Blackmore said...

Bila orang biol tuli bercakap....

Anonymous said...

Org layak utk beecakap mcmtu, ialah anwar ibrahim....die memiliki segalanya...ilmunya yg tinggi dn pengetahuan agamanya tidaklah kurang...bukanlah nak kata taksub pada anwar...dh memang kelihatan dia bijaksana serta berani...selain dia, husam, rafizi,dan salahuddin...itu yg aku nampak...hj hadi aku xnmpk...sungguhpun ilmu agamanya tinggi..xtaulah tinggi ke x...mcm xnmpk tinggi kalau akhlak gitu-gitu je..

Anonymous said...

Betul tu...hadi yg tinggi adalah serbannya..ilmunya taklah tinggi mana sbb tu selalu sgt meroyan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...