PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, February 28, 2016

Korang mahu tak kena simen dalam tong drum?


   Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.

 Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

 "Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

  Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah. sumber

  Komen al-Husseyn :

 Timbul persoalan : Kenapa bekas Peguam Negara ini tidak menafikan sahaja kenyataan Muhyiddin itu? Bukankah itu sangat mudah baginya?

 Gani Patail tentu tidak semudah itu untuk membuka mulutnya. Dia amat menyedari bahawa menyembunyikan maklumat boleh dikenakan tindakan. Dia lebih suka orang ramai membuat dan memilih jawapan sendiri.

 Maka persoalan selanjutnya ialah :  Apakah Muhyiddin telah berkata benar atau bohong? Kalian fikir-fikirlah sendiri. Bukti-bukti untuk menyokong kebenaran kenyataan tersebut adalah terlalu jelas!

  Apa yang tidak jelasnya lagi bila Gani Patail sendiri telah dilucutkan jawatannya secara mengejut dengan alasan kesihatan ??

  Dia juga amat menyedari bahawa mendedahkan maklumat mereka yang berkuasa, adalah membahayakan dirinya sendiri.

  Akhir persoalannya, korang mahu tak kena simen dalam tong drum?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kalau muhyidin bohong tentu kem najib dah bertindak balas dengan menggunakan kenyataan apandi..cara penyetopan ghani dari pejabat AG pun ada tanya tanya..

abrarmujahideen said...

Woit..gani da dilantik pengerusi BAKUN sarawak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...