PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, February 24, 2016

Laporan Polis : Najib Pecah Amanah Meluluskan Peruntukan Dana Awam


  Ahli Parlimen Kapar, YB Manivanan Gowin bercadang membuat laporan polis terhadap 3 individu pada hari esok, Khamis 25 Februari 2016 jam 2 petang di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

 Beliau mahu individu-individu berikut disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan kerana disyaki pecah amanah (dan seksyen-seksyen lain yang berkaitan):

 1. Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua kelulusan peruntukan. Oleh itu, beliau boleh dikira pecah amanah kerana meluluskan peruntukan dana awam bagi tujuan yang mendatangkan keuntungan kepada beliau sendiri sebagai Pengerusi BN.

Baca lagi di sini 
 2. Datuk K.K.Eswaran yang menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden MAICCI untuk mendapatkan dana awam dari Kementerian Kewangan yang kemudiannya tidak digunakan bagi tujuan seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan/piagam MAICCI, sebaliknya untuk kempen politik.

 3. Dato’ M Davendra yang menggunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Kehormat MAICCI untuk menggunakan dana awam yang mendatangkan keuntungan kepada beliau sendiri sebagai bekas ADUN yang mungkin bertanding di dalam PRU13.

   Menurutnya, berdasarkan bukti-bukti yang ada setakat ini, adalah jelas bahawa dana awam telah digunakan untuk membiayai  kempen BN dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang lalu.

  Lebih teruk lagi apabila dana awam ini diumumkan sebagai “derma” pilihanraya kepada ahli-ahli Majlis Pengurusan MAICCI. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...