GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, February 15, 2016

Mana lebih baik, Israel atau Malaysia?


Alhamdulillah, negara kita Malaysia, tidak ada seorang menterinya yang pernah didapati bersalah dan dihukum oleh undang-undang negara.

  Hanya terdapat dua kes sahaja iaitu pada 1982, Mokhtar Hashim, bekas Menteri Belia dan Sukan dan pada Mac 1977,bekas MB Selangor allahyarham Datuk Harun Idris.

 Mokhtar Hashim telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  Tetapi kemudian mendapai pengampunan Agong dan dikenakan penjara sumur hidup (biasanya 20 tahun) 

 Manakala Datuk Harun dijatuhi hukuman 8 tahun penjara kerana tuduhan rasuah. Beliau dibebaskan pada 1981 setelah menjalani 3 setengah tahun sahaja di Penjara Pudu apabila Dr Mahathir menjadi PM.

  Selepas dua kejadian diatas itu , kita dapat saksikan ada Ketua Menteri merogol budak perempuan bawah umur, boleh terlepas, tetapi orang lain yang cuba membela budak perempuan itu yg kena penjara!
  
    Kita juga dapat saksikan bagaimana seorang Menteri Kabinet yang didakwa merogol pembantu rumahnya tapi kerana 'Cash is King' telah terlepas. Dilaporkan, pembantu rumahnya itu kini mendiami rumah mewah dianggarkan RM100,00 di negaranya walaupun dia dan suaminya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

  Tidak seperti mana negara kafir Israel, dimana ramai kalangan pemimpinnya dihukum kerana melakukan kesalahan menerima rasuah, gangguan seksual, rogol dan cuba menghalang keadilan. 

 Kerana di Israel walaupun tidak melaksanakan hukuman hudud, tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang di negara tersebut. 

1) Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijatuhi hukuman 19 bulan penjara kerana tuduhan berasingan rasuah dan menghalang keadilan.



Beliau pada mulanya diberikan penjara enam tahun pada Mei 2014 kerana mengambil rasuah pada awal tahun 2000 yang berkaitan dengan pembinaan kompleks kediaman besar Holyland Jerusalem, tetapi hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada 18 bulan. 

 Mahkamah Israel menambahkan satu bulan kepadanya kerana menghalang keadilan menjadikan hukuman penjara keatasnya  19 bulan. ~ sumber
2. Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav sedang merengkok dalam penjara menjalani  hukuman tujuh tahun kerana rogol dan gangguan seksual. 


Pada 22 Mac 2011 dilaporkan, Mahkamah memutuskan bahawa Katsav juga perlu bekerja untuk dua tahun percubaan dan membayar NIS 100,000 (25,748.00 USD)kepada mangsa rogol, seorang bekas kakitangan Kementerian Pelancongan yang dikenali sebagai A, dan perlu membayar NIS 25,000 (6,437.00 USD) kepada L, bekas pekerja Residence Presiden, yang telah diganggu secara seksual dan didera. ~ sumber

3) Pada 2010, Mahkamah Daerah Jerusalem menjatuhkan Shlomo Benizri, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial hukuman 18 bulan penjara kerana menerima sogokan mewah daripada seorang kontraktor dalam pertukaran untuk maklumat dalaman kepada pekerja asing dijangka tiba di Israel, pecah amanah dan menghalang keadilan.

 Benizri telah merayu ke Mahkamah Agung, yang melanjutkan hukumannya hingga empat tahun. 

 Kemudian itu, Lembaga parol telah mengurangkan hukuman Benizri dengan satu tahun empat bulan.sumber

4) Pada Januari 2016, Menteri Dalam Negeri dan Naib Perdana Menteri, Silvan Shalom mengundurkan diri atas tuduhan gangguan seksual.

 Polis dilaporkan membuka siasatan terhadap aduan terhadap Shalom dan mengumpul bukti dan mencari saksi-saksi yang berpotensi untuk memberikan keterangan berhubung tuduhan.

 Tiga belas wanita telah tampil membuat tuduhan terhadap Shalom, walaupun tiada seorang pun telah  memfailkan aduan polis rasmi. ~ sumber

5) Kini jawatan Menteri Dalam Negeri Israel di pegang oleh bekas banduan Aryeh Deri yang pernah dihukumi penjara dua tahun kerana didapati bersalah mengambil rasuah.



 Deri pernah menjawat Menteri Dalam Negeri pada 1988-1993 dan menjalani penjara dua tahun pada tahun 2000 diikuti dengan tujuh tahun larangan daripada politik di bawah undang-undang bagi ahli politik yang sabit kesalahan. ~ sumber 

Jadi bagaimana kalian fikir? Mana lebih baik - di Malaysia atau di Israel dalam erti kata perlaksanaan undang-undang yang adil untuk semua tanpa memilih bulu?
Comments
4 Comments

4 comments :

Hidup Najib! said...

Mesia sume menteri..drpd pm,tpm,menteri,timb menteri sume taraf wali..x caya?..tnya sprm,ag,bnm..

Anonymous said...

Tentera zionis Israel laknat, cukup bermaharaja lela membunuh rakyat Palestin...amat zalim tindakan tentera Israel tu, celaka sungguh! Tetapi, tidak pernah kedengaran pun tentera Israel tu memungut mayat rakyat Palestin yang sudah tidak bernyawa itu untuk diletupkan sehingga hancur berkecai. Di Malaysia pula, seorang wanita yang tidak bersenjata serta tidak juga mengganggu ketenteraman, setelah mati dibunuh oleh 2 orang polis (tidak mungkin kedua-dua polis itu tiba-tiba gila serentak), mayatnya pula diledakkan dengan C4. Sudahlah begitu, terdapat segolongan manusia yang mengiktirafkan diri mereka sebagai ulama, nak bersahabat pula dengan penjenayah paling berat alaf ini.

Anonymous said...

Israel menganas sebab pemimpin islam tk laksana hukum dan undang undang islam....pemimpin islam byk buat penyelewengan...perasuah.tiada ikhlas amanah. Sbb israel lihat umat islam mcm anjing.... Asyik menyalak dan bergaduh jee... Pemimpin.bodoh.

Anonymous said...

Koo yg pangkah BN.... Penyeleweng

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...