PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, February 05, 2016

Misi Rafizi dan rakan-rakan ke UK dapat sambutan pelajar

Tiga ahli PKR telah berjaya dalam misi kunjungan mereka ke UK bermula pada 30 Januari hingga 3 Februari.

 Rafizi Ramli bersama Wong Chen dan Nik nazmi berada di UK untuk berjumpa siswa dan rakyat Malaysia dalam forum-forum yg dianjurkan Malaysian Progressives United Kingdom - MPUK. 

 Walaupun diugut supaya jangan hadir, namun sambutan yang luar biasa sangat memberangsangkan. 

Lebih 600 siswa hadir untuk berdialog dengan Rafizi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen di London, Manchester, Bristol dan Warwick.

Menurut Rafizi, "Sambutan yang tersangat baik, kali terakhir saya lihat kehadiran yang besar seperti di London adalah sekitar reformasi dahulu.



"Sudah lama perkara sebegini tidak berlaku." katanya. 

Rafizi mendedahkan  ada wakil kedutaan yang datang mengintip dan mengambil gambar. 

 Beliau juga yakin ramai dari kalangan mereka ada kesedaran yang tinggi dan akan pulang menyumbang untuk menumbangkan Najib Razak.

Rafizi dan Wong Chen mengambil kesempatan berjumpa Rt Hon Ann Clwyd, Pengerusi JK Hak Asasi Manusia Parlimen Britain untuk berbincang mengenai pembebasan dan kebajikan Anwar Ibrahim. 

Ann Clwyd telah kenal lama dengan Dato' Seri Anwar dan sangat simpati dengan penganiayaan terhadap beliau. 

Mereka berdua telah memberi taklimat kepada Kementerian Luar Britain mengenai perkembangan terkini di Malaysia. 

"In Sya Allah segala gerak geri Najib Razak akan diteliti di peringkat antarabangsa." jelas Rafizi. ~ sumber fesbuk Rafizi Ramli
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...