Friday, February 19, 2016

Najib dan Ketua Polis Negara Letak Jawatan ! - Zaid Ibrahim


   Mari kita behimpun pada Ahad 27 Mac ini di tempat yang akan ditentukan, supaya kita boleh bersama-sama dan mengisytiharkan serentak Najib mesti segera meletak jawatan, dan bahawa Ketua polis dan Peguam Negara juga perlu meletak jawatan.
   
  Demikian saranan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melalui tulisan di blognya.

 Beliau mengajak rakyat Malaysia yang berhasrat menjadikan negara ini bersih daripada pemimpin yang rasuah, termasuk penjawat awam yang telah membantu menutup apa-apa salah laku.

 Zaid mahukan perhimpunan tersebut sebagai mesej kepada Najib dan kawan-kawannya bahawa rakyat Malaysia tidak akan merelakan negara ini, dan membiarkan rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk terus memerintah lagi.

Zaid turut menempelak kalangan pengampu dan pembodek PM Najib yang mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir tidak berhak untuk mengkritik Najib sebab semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu telah menyebabkan negara kehilangan RM42 bilion melalui salah urus kewangan.

 Mereka juga menuduh Dr Mahathir tidak adil kerana membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi, seolah-olah Najib tidak membuat pekara yang sama. 

Menjawab tuduhan seperti itu, Zaid berkata, Dr Mahathir dan Najib adalah berbatu jauh perbezaannya.

Perbezaan Najib - Mahathir

 Menurutnya, Dr Mahathir tidak pernah mencuri wang Kerajaan, sama ada melalui syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen. 

 Najib disebaliknya telah terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan "sumbangan" yang dia telah terima sebagai Perdana Menteri.

 Najib dan isterinya tersangat kaya dan gaya hidup mereka adalah sama dengan raja-raja dan permaisuri. Sebaliknya, Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup mudah dan sederhana. 

Walaupun Dr Mahathir telah mencabar Najib dan polis membuat siasatan keatasnya, sebaliknya Najib mengarahkan supaya siasatan ke atasnya ditutup. 

  Seterusnya Zaid  menyeru orang ramai berdiri teguh di belakang Dr Mahathir. 

"Sudah terlalu lama kita telah lumpuh oleh ketakutan yang dikenakan oleh Najib ke atas orang awam." Kata Zaid.

 Beliau mendedahkan bahawa institusi awam seperti Jawatankuasa Kira-Kira dilantik hanya sebagai tukang angguk. Sedikit sekali Menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan menyedari bahawa ini adalah kelakuan yang sangat merosakan kepada negara.

  Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Penutupan kecurian besar-besaran yang telah berlaku di bawah Najib harus didedahkan dan kita mesti secara kolektif menunjukkan Najib bahawa kami tidak takut kepadanya. 
Comments
1 Comments

1 comment :

chomeycute Chomey said...

Dah sepatutnya...Napa la rakyat malaysia nak jadi bangang sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...