GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 19, 2016

Najib perlu segera saman WSJ atau letak jawatan


  Semalam 18 Februari 2016, pengarang kewangan The Wall Street Journal (WSJ) Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata wang derma RM2.6 bilion bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

  Sebaliknya sumbernya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka dalam beberapa bulan akan datang. Ini adalah tuduhan WSJ buat kali ke-2.

 Untuk ingatan semua, pada tarikh malang 26 Januari 2016, peguam negara membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada apa jua kesalahan berhubung derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International kerana “tidak dapat bukti yang cukup”.

 Najib bercita-cita menutup kes derma ini dan menyuruh negara “move on”. Memang tidak ada sesiapa sanggup mempercayai keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali (termasuk sebahagian orang Umno sendiri).

 Keputusan Apandi ini menjadi lawak jenaka antarabangsa! Kini pelbagai maklumat akan terdedah, hari demi hari untuk melengkapkan “bukti tidak mencukupi” itu.

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahukan semakan semula keputusan peguam negara yang menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion melalui membentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

 PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.9 Pelbagai dakwaan ke atas Najib yang dikemukakan pihak SPRM tidak dilayani Apandi. 

 Beliau, sepatut perjelaskan mengapa Bank Negara Malaysia mengenakan penalti RM53.7 juta ke atas AmBank bersabitan urus niaga akaun Najib.

 Apakah salah mereka? Najib dikatakan tidak tahu menahu tentang perpindahan itu tetapi menggunakan dana itu dengan kredit kadnya? Juga, di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyebutkan menerima dana atau wang oleh penjawat awam dianggap rasuah. Bagaimana pula tidak cukup bukti? Pelbagai lagi...

 Menyingkap kembali pada Julai 2015, WSJ mendedahkan tentang derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International dalam akaun peribadi Najib.

 Dua kali perpindahan; AS$620 juta dan AS$61 juta pada Mac 2013, dari sebuah syarikat kewangan Tanore Finance, berdaftar di British Virgin Islands sebelum pilihan raya umum ke-13.

 Dana itu dipindahkan ke Swiss bank (Falcon Private Bank di Singapura) dimiliki International Petroleum Investment Co (IPIC), sebuah dana Abu Dhabi, kepada akaun AmIslamic Bank cawangan di Kuala Lumpur milik Najib.

 Najib yang kononnya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan saman kepada WSJ. Namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata. Begitu juga perihal “money trail” dana RM42 juta daripada SRC International.

 Pada 6 Februari lalu, seorang menteri Arab Saudi menegaskan dana yang diberi bukanlah derma tetapi pelaburan.

 Berikutnya, pada 11 Februari, sebuah badan penyelidik antarabangsa BMR Research, milik Fitch Group, sebuah badan penarafan antarabangsa, membuat pernyataan yang pelabur dan pengurus dana antarabangsa tidak berani melabur di Malaysia selagi masalah ini tidak selesai kerana takut terpalit dalam urus niaga yang dipersepsi sarat dengan amalan rasuah.

 Pada 27 Januari, seluruh media antarabangsa; WSJ dan New York Times (NYT), Independent, Guardian (UK), Bloomberg, BBC, CNBC dan lain-lain memberi laporan negatif tentang keputusan Apandi dan siasatan tentang pelbagai kesalahan urus niaga 1MDB khasnya melanggar undang-undang antarabangsa AMLA dan Exchange Control Act adalah Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

 Tuduhan Ken Brown adalah sangat berat dan meruntuhkan segala kredibiliti dan maruah negara yang sedia tercalar.

 Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan pertama dahulu.

 Rakyat di negara menuntut supaya Najib segera menyaman WSJ, kalau benar mereka membuat tuduhan palsu untuk kali ke-2 ini!

 Tuduhan WSJ adalah sangat berat buat negara Malaysia yang berdaulat ini sekali gus menghancurkan nama baik, integriti dan maruah negara ini! Kesan dan kemudaratan bukan kepalang buat negara.

 Seandainya Najib tidak mahu menyaman WSJ, maka seluruh rakyat menuntut Najib, demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat, supaya segera meletakkan jawatannya selaku perdana menteri dan menteri kewangan. – 19 Februari, 2016. ~  sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...