PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, February 25, 2016

Panel Penasihat Operasi mahu SPRM teruskan siasat derma RM2.6 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa meneruskan siasatan 
mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun 
peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan. 


"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.


 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut. 


 "Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut. 


 PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.


 Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan. 


 Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.


 "Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan. 


 "Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.


 Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.


 Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009. Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh. 


 PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee. – 24 Februari, 2016. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Jaga-jaga nanti panel ini ahliahli panel ini akan dinaikkan pangkat atau dilantik menjadi menteri atau senator dan seterusnay panel ini dibubarkan dan melantik ahli panel abru separti Ajk PAC yang diketuai oleh YB Ariffin tu kuasa masih ada pada najib untuk memansuhkan panel tersebut hanya dengan menasihati DYMM yang dipertuan agong untuk menukarkan semua ahli panel tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...