GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, February 02, 2016

Peguam Negara diingatkan jangan gunakan kuasa bagi melindungi jenayah

Datuk Hamid Bador, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia yg 'ditamatkan perkhidmatan' dan ditukar ke Jabatan Perdana Menteri secara tergesa-gesa ketika skandal 1MDB meletus, merasa kesal kerana tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. 

 Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali, tambahnya.

 Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara yang mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan penyelewengan wang negara dalam SRC. 

 "Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah." katanya. 

 Menurut Hamid, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itu pernah beliau perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu beliau masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu. 

Ketika itu beliau aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut.

 Beliau hairan kenapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti yang sudah terang lagi bersuluh. 

 Menurut Hamid, bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun tertsebut dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

 Beliau menyatakan jika PM Najib tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? 


  Beliau mengingatkat bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

 Beliau turut bertanya samada wang berbillion billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? 


  Beliau mohon LHDN menagih cukai derma wang tersebut jika belum lagi dibuat sambil mengingatkan bahawa Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan "derma" semacam ini.

  Beliau juga mengingatkan Peguam Negara supaya menggunakan kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara dan bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH. 

 Menurutnya, jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.

 Beliau turut menawarkan diri untuk sama-sama membantu taskforce tersebut menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB.  Beliau menyatakan kesanggupan untuk berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain. 

  Beliau berasa sungguh janggal apabila Peguam Negara mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. 

 " Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti........hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???" Beliau kehairanan.

  Beliau mencabar Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

 Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion, beliau berkata cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa berdolak dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut???

Penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

  Mengenai pemulangan sebahagian besar wang derma tersebut, beliau meminta  Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ??? ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...