Wednesday, February 24, 2016

Soalan-soalan untuk PM Najib dan Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak ....


   Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz semalam menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin  untuk berundur daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno kerana dia tidak lagi dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan betul mendapat reaksi yang pro dan kontra.

   Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menyokong peringatan oleh Nazri itu berkata, jika terdapat perbezaan pandangan politik, Tan Sri Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden boleh menyuarakan pandangan beliau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dihadirinya.

  "Sepatutnya, semangat yang dicapai dalam Majlis Tertinggi Umno yang lalu, di mana Presiden (Datuk Seri Najib Razak) yang memilih untuk berjiwa besar dan memeluk dan berjabat tangan dengan Muhyiddin, dan dibalas oleh yang kedua, harus dihargai. Apa juga perbezaan yang mesti diselesaikan dalam parti itu tidak di luar, "katanya di sini

 Sebaliknya,  Sahabudin secara sinis meminta Najib dan Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak (macam Nazri Aziz dan Shabery Cheek ) untuk menjawab soalan-soalan berikut :

 SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB 

Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO? 

 Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?

 Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?

 Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

 Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?

 Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?

  Apakah jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara terbuka?

 Demi keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan, maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?

 Akhirnya, jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam mesyuarat MT akan datang ini.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...